Pengikut

Selasa, 6 September 2016

Dia Wanita Terhebat, Selamat Hari Lahir Mak


Assalamualaikum

Lahirlah seorang wanita yang tabah, senyuman menawan dan penyejuk hatiku.

Ya rab terima kasih kerana aku bertemu dengan insan istimewa ini. Tabah membesarkan kami, tanpa mengenal erti penat dan lelah mencari sesuap nasi untuk jadikan kami anak-anak hebat.

25 Tahun bekerja di kilang bermula dari gaji bulan RM 300 menyara kami 6 adik beradik.Pernah ku lihat air matamu mengalir kerana keperitan hidup ini.Ketika itu aku masih kecil tidak mengerti. 

Tetapi bilaku kian dewasa baru aku fahami, besar pengorbananmu wahai mak. Kasih sayangmu tiada ganti, tiada seorang wanita pun mampu mengantikan tempatmu.

Ya rab, jagalah dia untuk ku, murahkan rezekinya, panjangkan umurnya, serta tunaikan hajatnya untuk menunaikan Haji. 


Ya rab, kuatkan hatinya, berikan kebahagian kepadanya seperti mana dia membahagiakan kami dari kecil hingga dewasa.

Selamat Hari Lahir Mak ke 58 tahun. Mak wanita terhebat dalam hidup acik.Doakan acik dapat jaga mak hingga hembusan nafas terakhir.

Share This!


4 ulasan:

  1. semoga dapat menunaikan haji =)

    BalasPadam
  2. semoga Acik dipertemukan gadis yang boleh menyayangi mak Acik macam Acik.

    BalasPadam
  3. Salam Pagi...
    Nieyl singgah sini...♥
    selamat hari lahir mak acik...
    semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik..Amin..

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails