Pengikut

Selasa, 27 September 2016

Usah Bersedih Jika Kamu Belum Berpunya





Assalamualaikum

Duhai jiwa sepi,
Jangan biarkan dia tak bertuan,
isikan dengan memuji ayat-ayat cinta zikirnya,
andai cintai manusia di impikan,
carilah cinta berpaksi tuhanmu,

Ketika kamu melihat sekeliling,mereka telah mempunyai pasangan. Sedangkan kamu ? Masih bersendirian. Kadangkala jiwa ini sepi dan tipulah kalau tak cemburukan ?


Fitrah manusia suka di cinta dan mencintai.Jika kamu masih bersendirian jangan sedih.Sehinggakan kadang memang terlintas di fikiran :

Aku nie tak cantik ke ? tak kacak ke ? 
Bilalah aku nak bahagia? kenapa aku sorang je single ? Tuhan tak sayang aku ke ?

Pelbagai persepsi yang kita nyatakan. Kadang kita ragu dengan Allah. Persoalkan tentang soal hati.Padahal di sebalik pengetahuan kita, Allah menyayangi kita. 

Dalam masa sama Allah juga menguji kita untuk bersendirian.

Sedangkan mereka yang "couple" juga Allah menguji mereka. Bagaimana?

Melalui perasaan dan perhubungan. Dalam perhubungan tidaklah semua indah, ada yang di tipu, di sakiti, di kecewakan,sehingga mereka trauma.Tidak percaya lelaki, tidak percaya perempuan. 

Tetapi bila bersendirian Allah nak jaga kita dari lakukan pekara yang boleh menjerumus ke lembah maksiat dan penyakit zina mata dan hati.Allah tak nak lihat kamu kecewa dek perasaan dan terbelenggu dengan cinta.


Mungkin juga jika kamu berteman sekarang, emosi kamu akan selalu terganggu. Sebab itulah, Allah memberikan masa untuk kamu bersendirian dan berdikari menempuh ranjau kehidupan ini.

Paling penting untuk kamu lebih masa menjaga mak ayah kamu. Berbakti kepada mereka. Tolong adik beradik.

Jangan sedih, Allah tahu yang terbaik untuk kita. Kadang Allah minta kita untuk istirehat dari cinta yang salah. Kita merancang tetapi Allah jugalah yang mentakdirkan apa jua perancangan. 

InshaAllah, Allah akan temukan kita dengan seseorang yang selayaknya untuk kamu pada masa dan keadaan yang tepat. Mana tahu tak perlu couple nie, terus kawin. Indah bukan ?


Share This!


4 ulasan:

  1. Sudah terbau nasi minyak... tetapi tak pasti dari mana :P

    BalasPadam
  2. kalau dah ada jodoh nanti,jgn lupa
    htr kad jemputan ya...akak sudi pergi johor
    hihihi....

    BalasPadam
  3. Berkawan dah lme dalam alam maya ..nk ajak berjumpa xnak katenye..dah hmpir 3bulan dia diam..msj xd reply call dah xdpt lngsung..sedih hati ini...

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails