Pengikut

Ahad, 2 Oktober 2016

Jika Kau Ingini Jodoh Yang Baik, Jagalah Pekara Penting Ini !


Assalamualaikum

Aku tak akan biarkan kau hidup bahagia dengan dia !!


Itu mungkin satu ungkapan yang akan terlahir kerana sebuah dendam dan tersakiti.Kita akan sentiasa akan di uji soal hati. Hati adalah kunci kepada kehidupan kita.

Pada kita , kita dah cukup baik. Jaga segalanya tetapi kita terlupa jaga satu anggota penting iaitu hati. Kita biarkan kosong tak berpenghuni, sepi tak bertuan.

Hati ini mempengaruhi sifat peribadi kita dan percakapan kita. Kadang dalam tak sedar tersombong, terlepas cakap dan mudah tak puas hati dengan orang lain.

Bila tengok orang lebih bahagia:

  • Kau tengok sajelah tu nak menunjuk-nunjuk konon bahagia, setahu aku selalu bergaduh !!
  • Kau tengok dekat fb, asyik upload gambar je ingat dialah sweet couple, geli pulak aku.

Pekara yang kita tak pasti mudah kita lafazkan tanya usul periksa. Mudah kita menghukumi orang lain dan rasa kita sahaja yang betul.

Rasulullah saw. bersabda, “….Bahwa dalam diri setiap manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik pula seluruh amalnya, dan apabila ia itu rusak maka rusak pula seluruh perbuatannya. Gumpalan daging itu adalah hati.” (HR Imam Al-Bukhari)

Begitu juga dalam soal jodoh dan cinta yang kita tagih.

Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai itu bukan hak kita.


Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan ia untuk kau miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang belum pasti milikmu.


Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” [An Nisaa’ 32]



Didiklah hati untuk bersangka baik dengan Allah, yakinilah Allah sentiasa mahu yang terbaik untuk kita. Semperna maal hijrah marilah kita,sedikit demi sedikit kita lakukan penghijrahan hati. Didik hati untuk terima teguran, didik hati untuk selalu bersangka baik dan didiklah hati untuk mudah memaafkan.

Caranya bagaimana ? 


Cakap baik-baik, fikir baik-baik dan lakukan kebaikan. Paling penting selalu zikir dalam hati.


Bacalah Ya Latif,ya latif , ya latif,



la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin

Acik menaip ini untuk mengingatkan diri acik sering alpa dan khilaf.Semperna Maal Hijrah ini marilah perlahan-lahan kita lakukan perubahan dan istiqomah dalam perubahan yang telah di lakukan. Kita mulakan penghijrahan hati.Mana tahu dengan perubahan ini, Allah hantarkan jodoh yang baik. 

Share This!


3 ulasan:

CikLa Shahril berkata...

Betul tu.. .dendam akan menjadikan hidup kita tak tenang... saling memaaafkan itulah yg terbaik walaupun perit.

Salam Maal Hijrah...

Miz Niesa berkata...

Nice acik. Tq for the write up. Sama-samalah kita muhasabah diri. Salam Maaf Hijrah ;)

Uncle Zuan berkata...

alhamdulillah, terima kasih atas peringatan ini acik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails