Pengikut

Ahad, 9 Oktober 2016

Cintailah Mereka Yang Sentiasa Mencintai Kita Seadanya


Assalamualaikum

Cinta itu sentiasa memberi dan menerima dia seadanya sama ada kekurangan dan kelebihan dia.Cinta itu tidak di khaskan hanya kepada sepasang kekasih tetapi cinta itu luar dari sempadan.


Cinta kepada Maha Pecipta,
Cinta kepada Rasullulah,
Cinta kepada keluarga 
Cinta kepada sahabat 
Cinta kepada alam sekitar dan sebagainya.

Cinta yang harus di utamakan selain dari cinta pada Allah dan Rasul iaitu cinta kepada ibu bapa kita.

Apabila usianya kian meningkat tingkah lakunya menguji kita. Mereka perlu perhatian yang lebih dari kita.

Ingat keredhaan ibu bapa adalah keredhaan dari Allah. Tidak merugikan jika kita membalas cinta kita kepadanya dan menjaganya sepertimana dia membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.

Menjaga mereka kita perlukan kesabaran yang tinggi, kasih sayang dan menghargai mereka.

Seperti acik, acik jaga mak sekarang nie. Alhamdulilah makan minumnya mampu sama-sama jaga. Kalau petang acik bawa mak pergi pantai untuk tenangkan fikiran. Bawa dia jalan-jalan lagi-lagi yang dia teringin nak makan.

Bersama mereka kita perlu kawal emosi dan kata-kata kita. Kerana adakalanya mereka terasa dengan kita.Mereka akan diam seribu bahasa adalah tu yang kita cakap dia terasa. Cepat-cepat minta maaf.

Emosi kita kena kawal , lagi-lagi soal makanan. Sebab bila dah berusia , mereka akan lebih cerewet soal makanan. Masin lebih tak boleh, kicap lebih tak boleh, manis lebih tak boleh dan macam-macam lagi  Bila tengok mereka tak selera makan, fahamlah mereka cuba carikan makanan yang boleh dia makan.


Tak rugi kita berikan kasih sayang sejati pada mereka. Tanpa kita sedari nama kita sering di sebut-sebut dalam doa mereka. Alhamdulilah rezeki kita juga ada sahaja.

Faham kadang kita kerja duduk jauh. 2 minggu sekali baliklah , jika tidak seminggu sekali telefonlah tanya khabar. 

Salurkanlah cinta itu pada mereka yang sentiasa memberi.InshaAllah cinta itu juga sentiasa Allah perlihara.


Share This!


4 ulasan:

  1. CINTA SEJATI KEKAL ABADI DIRESTUI ALLAH

    BalasPadam
  2. Salam acik...
    Cinta Allah itu kekal Abadi... :)

    BalasPadam
  3. Cinta yang harus di utamakan selain dari cinta pada Allah dan Rasul iaitu cinta kepada ibu bapa kita.

    Setuju sangat....

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails