Pengikut

Sabtu, 8 Oktober 2016

Jangan Hanya Dengar Cakap-Cakap Orang Tanpa Selidiki Terlebih Dahulu


Assalamulaikum

Kau tahu si Man dia belakang kau cakap macam-macam cakap pasal kau !! dia kutuk kau !! aku cuma bagitahu sebab aku tak sampai hati

Dengan mudah dan tanpa sangsi kita percaya kata di batu api. Lalu bertalu-talu kita terus sampai pada yang lain tanpa mengetahui hal sebenar. Semakin ramai menjauhi dia.


Membenci tanpa alasan yang kukuh, tanpa megetahui kebenaran yang sebenar.

Si batu api mencari mangsa baru, memecahbelahkan orang di sekeliling dia dan merasa puas melihat mereka bergaduh.

Adik beradik bermasam muka,
kawan baik bergaduh bertahun tak bertegur,

Terhakis kasih sayang lama di bina. Mudahnya kita hanya dengar cakap orang lain berbanding dengan mereka bertahun baik dengan kita.


Jangan kau menjadi batu api, melagakan, membuat fitnah serta menjadi orang tengah yang membinasakan. Jika tidak dosa pada perbuatan, dosa pada perkataan seperti mengumpat, memfitnah, menuduh, menjadi ‘batu-api’ dan pelbagai lagi.
Dosa-dosa batin dan perkataan ini kadang kala jauh lebih besar di sisi Allah daripada dosa-dosa peribadi seperti minum arak. Namun kita sering memandang ringan sedang ia besar. Firman Allah (maksudnya):
“ketika kamu menerima berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka ianya perkara kecil, pada hal di sisi Allah adalah perkara yang besar dosanya”. (Surah an-Nur: 15).
Jika dapat sesuatu berita jangan terburu-buru dan cepat percaya. Walaupun sesiapa pun  berkata, selidiklah dulu percakapan mereka.Jangan kerana terlalu ghairah untuk dapatkan pengaruh demi kepentingan diri kita. Kita jauh dari syurga kita cari. Sama-sama kita muhasabah diri.

Share This!


2 ulasan:

  1. Sifat ni sudah ada sejak zaman Rasulullah lagi. Ubai bin Khalaf. Bapa segala penipu dan pendusta serta munafik.

    BalasPadam
  2. Tak suka kalau ada kawan macam ni.... Batu Api... cakap selalu x betul

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails