Pengikut

Khamis, 3 November 2016

Kita Dekat Tapi Sebenar Jauh


Assalamualaikum

Hati ini sering bimbang,risau jikalau jodoh itu tidak kunjung tiba. Siapakah ? dimanakah akan bertemu?


Degilnya hati, padahal Allah telah tetapkan jodoh kita sejak dari dalam kandungan ibu cuma kita tak sabar. Sanggup bercinta ,mengungkapkan rasa sayang pada yang belun halal. 

Kita masih sangsi dengan ketentuan, jika boleh kita mahu seseorang itu depan mata kita. Dekat dengan kita dengan pengharapan.

Bertahun-tahun lamanya bercinta, proses perkenalan untuk merasai rapat dan dekat. Tetapi hakikatnya kita masih belum kenal dia. 

Kita merancang dengan sepenuh pengharapan, tetapi perancangan Allah itu takdir untuk kita.

Kita dekat tapi jauh sebenar.


Kita dekat dengan hati dan cinta terhadap seseorang yang kita kasihi. Kita sanggup hilang nyawa janji cinta kita satu demi cinta sejati. Sanggup hilang emak, hilang keluarga lari ke sempadan. 

Tetapi sebenar kita jauh.

Jauh dari Maha Pencipta, kita tak jaga cinta kita.Solat kita, puasa kit, perhubungan kita.Kita tak laksanakan cinta padaNya. Kita abaikan Allah, bertahun lamanya.

Biarkan jiwa kita terus gelora, biar jiwa kita sepi dan hanyut.

Andai dirimu mahu jodoh yang baik, dekatkan dirimu pada Penciptamu. Andai kamu sedih carilah Allah
Andai kamu berduka memohonlah pada Allah,
Andai kamu rasa tak yakin zikirlah 
Andai kau bahagia, ucapkan alhamdulilah.

Pilihan di tanganmu wahai sahabat.



Share This!


5 ulasan:

  1. Pilihan di tangan kita..
    Betapa sebenarnya kita sering mahukan kononnya yg 'terbaik' padahal Allah lebih tahu apa makna terbaik itu..

    BalasPadam
  2. banyakkan istikharah...insyaALLAH

    BalasPadam
  3. Pilihan ada pada kita..Allah dah tentukan siapa jodoh kita sebenarnya..antara lambat dgn cepat jer

    BalasPadam
  4. Cinta yang sebenar, dua org insan yang bercinta, kedua-duanya berusaha untuk semakin hampir kepada Allah, dan semakin hampir mereka kepada Allah, semakin pula mereka hampir antara satu sama lain... Wallahu a'lam...

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails