Ticker

6/recent/ticker-posts

Kita Merancang,Jodoh Itu Tetap Rahsia Allah


Assalamualaikum

Semasa di politenik dahulu, seseorang berkata denganku.


"Aku sanggup hilang segala demi dia !  aku sayang dia lebih dari nyawa aku ", kata seorang kenalan.

Bila dengar cepat -cepat aku minta dia mengucap dan berkata.

Ingat Allah, kita,manusia hanyalah perancang. Allah juga pelaksana yang maha adil.sahut ku.

Jangan risau acik, aku akan pastikan kami akan bersama, kami ada chemistary dan persamaan , pasti aku bersama ! kata kenalan.

Masa berlalu, usia bertambah dan waktu di usung angan-angan. Tadi di takdirkan aku bertemu dengan kenalanku yang berbicara denganku.


Dia cuba mengelak untuk bertemu, Menjauhkan diri.

Maafkan aku ya Allah !
Maafkan aku ya Allah!

Jeritan dia, 

aku cuba tenangkan diri. Akhirnya dia berani bercerita dengan aku.

" Acik, aku menyesal angkuh dengan Allah, aku malu, hidup aku hancur !. Benar kata kau acik, jodoh itu memang rahsia Allah. Dia meninggal sewaktu seminggu kami akan akad nikah. Pzas aku rancang, aku jaga. Satu persatu hilang dalam hidup aku acik. Aku tak ada sesiapa !!, kata kenalanku.

Air mata berjurai-jurai buatkan aku hiba.

Sabarlah Allah sayang kau, sehingga kini Allah masih sayang kau. Kau masih dapat bernafas ! kau masih ada mak ! hargailah. Allah itu maha pengampun. Jangan kau jauhi hidup darinya.

Jangan kau salahkan diri kau apa yang terjadi, semua takdir. Paling penting kau sentiasa bermuhasabah diri. Jangan jauh dariNya. Cinta yang sebenar adalah cinta kerana Allah.

 Di takdirkan, di hamparkan kasih sayang melalui ujian dan cubaan untuk kita. Yakinkan hati tu !

 Terdiam dia, alhamdulilah dapat tenangkan dia. Apapun jua melanda jangan jauh dariNya.

Catat Ulasan

4 Ulasan

Arman berkata…
Terasa sebak dan sedih membaca cerita Acik itu.. Sememangnya Jodoh itu adalah ketentuannya.. Bagaimana kasih dan sayang kita atau benci dan meluat sekalipun pada seseorang itu.. Kita tidak mampu melanggar apa yg telah ditakdirkan dengan sikap keangkuhan tapi hendaklah dengan merendahkan diri serta menghampirkan diri padanya sambil tak putus2 berdoa mengharap yg terbaik dan redha darinya...
InSaN kErDiL berkata…
Btol...kt hnye mampu merancang...selebihnya ALLAH telah tentukan..kt sbg hamba perlu sentiasa ikhlas dan bersedia menerima setiap perancangan ALLAH...
paridah berkata…
Perancangan kita tak ke mana..penentuan Allah yg pasti
Mazni Azmi berkata…
Kita manusia merancang, nak dapat atau tidak Allah yang tetapkan. Dalam quran kan ada cerita

boleh jadi kita sukakan sesuatu tetapi ia tidak baik untuk diri kita