Pengikut

Khamis, 22 Disember 2016

Ikhtiar Itu Perbuatan, Rezeki Itu Kejutan



Assalamualaikum

Dulu waktu kanak-kanak saat itu tak fikir apa. Hanya mesti dapat apa yang kita nak. Marah mak, sebab tak dapat semuanya yang kita nak. Kenapa semua orang tak faham keadaan aku ?

Otak tak fikir apa, segalanya ikut emosi dan hanya fikir untuk bergembira.

Kini aku telah dewasa, baru aku rasa tanggung jawab yang besar perlu di pikul. Mencari kerja susahnya, ada kelulusan tetapi orang mahu pengalaman dan pelbagai lagi cabaran.

Ketika itu kita mula kenal siapa sahabat dan kawan. Ketika kau susah , siapa mendekati dan mendorongmu dengan kata hikmah ?

Atau berapa yang sunyi tanpa kawan di sisi. Hanyalah keluarga setia di sisi.

Dulu begitu megah, beria segalanya. Kini di malam hari ini doa dengan Allah. Menangis dan merintih " Ya Allah, hanya padamu aku mengadu ya Allah. Bantulah aku dah kesusahan ini "

Entah mengapa, air mata ini mengalir dengan deras. 

Kadang ada sahaja orang dengki dengan kita, sakit hati dan ada sahaja pekara yang buatkan kita tersakiti.

Lihat kawan-kawan megah dengan kereta mewah, anak yang comel dan kawin.   

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.
   
Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian.Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dalam kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna.Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung.Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui.Ternyata kita yang kurang mensyukuri nikmat Allah.Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak 4 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Share This!


3 ulasan:

  1. Nieyl singgah pagi....
    Rezeki datangnya daripada ikhtiar...:)

    BalasPadam
  2. rezeki ada dimana-mana
    selagi kita berusaha ikhtar mencari

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails