Ticker

6/recent/ticker-posts

Aleppo : Apa Yang Perlu Kamu Ketahui



Belum reda kes Rohinya berlaku di Myanmar. Mengapa tiba-tiba masyarakat dunia mula melihat Aleppo?
Sedikit latar belakang bandar Aleppo.
Aleppo adalah kota kedua terbesar di Syria selepas Damascus (Damsyik/Dimashq). Penduduk di Aleppo adalah sekitar 3.5 Juta dan semakin berkurangan semenjak krisis Syria bermula Mac 2011 dan merupakan kota ketiga utama ketika zaman Khilafah Uthmaniyyah selepas Kota Konstantinople dan Cairo.
Saat ini lebih 300,000 penduduk Aleppo diancam sekatan makanan dan kematian apabila mereka terkepung dari tiga arah iaitu Tentera Regim Bashar dibantu Rusia dari selatan, ISIS dari timur dan pejuang kurdis dari arah barat. 
Serangan ke atas Hospital Al-Aqsa di Aleppo telah menyebabkan 50 kematian dipercayai dilakukan oleh tentera udara Russia yang bersekongkol dengan kerajaan Syria Basyar al-Assad. Serangan hospital ini meletakkan berjuta penduduk Syria di Aleppo dalam risiko yang sangat tinggi bahkan turut terkorban adalah Dr Wassim yang merupakan Pakar Kanak-Kanak terakhir di Aleppo.



4 Fakta tentang Aleppo:
1) Lebih 252 orang terkorban sejak minggu lalu termasuk 49 kanak-kanak. Ini menjadikan jumlah korban di Aleppo semenjak 2011 kepada 28, 830 orang 
2) Hospital Al-Aqsa di Aleppo dibom pada rabu lepas dan megorbankan lebih 30 orang termasuk Doktor Pakar Kanak-Kanak terakhir di Aleppo. Hospital ini adalah dibawah NGO Antarabangsa Doctors Without Borders (MSF). 
3) Serangan oleh regim dengan bantuan Russia telah meningkat sejak sminggu lalu kononnya untuk memutuskan bekalan senjata kumpulan ‘pemberontak’.
4) Serangan barrel bom terbaru adalah dikawasan Hritan, Kaft Dael, Bab al-Haded dan kejiranan Kastelo di Aleppo.



Idlib kini dipenuhi dengan salji buat kali pertama tahun ini.

Maknanya kesejukan mereka sudah tiba di kemuncaknya.. Tetapi sudah cukupkah kelengkapan mereka dalam menghadapi kesejukan ini? Bagaimana dengan bekalan kayu api untuk menghangatkan tubuh badan anak-anak mereka pula?

Angin semakin kuat disertakan lagi dengan hujan yang membasahi kem-kem pelarian yang ada..



Bayangkan bagaimana mereka dapat bertahan dalam khemah-khemah tersebut? Bekalan elektrik tiada. Makanan belum tentu cukup untuk sepanjang musim sejuk ini.. Hasbunallahu wa ni'mal wakeel

Masih belum terlambat jika anda ingin memberi sumbangan kepada penduduk Syria dalam kempen Bantuan Musim Sejuk 4.0 pada tahun ini. Kempen berbaki 11 hari sahaja lagi! 

AKAUN SYRIA CARE
CIMB BANK : 8601 89 4560
Maybank: : 5621 0665 3575
RHB Bank : 2622 5000 021775
Affin Islamic : 1059 9004 0004
JomPay : Biller Code : 2113 (Ref-BMS)

Atau klik butang "Donate" di sebelah kanan atas fb @Syria Care - Malaysia​

Sila hantar slip transaksi dan nyatakan sekali sumbangan untuk #BMS ke number 011 28809820 En. Firdaus


Sumbangan anda amat bermakna buat mereka


Catat Ulasan

8 Ulasan

Hernee Nazir berkata…
sedihhh..sama2 kita bantu mana yg termampu..
Sally Samsaiman berkata…
Semoga dipermudahkan segalanya kepada mereka...kita kat sini membuang makanan..mereka kat sana mengharapkan makanan :(
PCL berkata…
Allahuakbar..sedihnya . Ayuh kita menderma
ya allah lindungilah
orang2 islam di sana
Nik Ainaa berkata…
zionis laknatullah! tak pernah senang dengan negara Islam dan orang muslim. apa salah mereka? semoga dengan sedikit bantuan dari kita saudara muslim dapat membantu mereka terus berjihad fisabilillah.
Nieyla Nadia berkata…
terlalu sedih...
sampai tak sanggup nak tgk berita tentang mereka di sana...
cuma mampu mendengar...untuk melihat...nieyl x kuat...
semoga Allah melindungi mereka...Ameen...
kak gojes berkata…
pray for Aleppo...xtau nak kata apa. semoga Allah swt melindungi mereka...
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Bersama kita hulurkan tangan ringankan beban..