Pengikut

Khamis, 26 Januari 2017

Cara Untuk Berhadapan Dengan Orang Yang Kita Tak Suka/Membenci Kita


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi kita dapat bernafas di muka bumi pinjaman Allah ini.Ucapakan syukur atas nikmatnya yang tak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW. Pastinya dalam hidup kita ini ada saja ragam yang terjadi sekeliling kita. Menjadi masalah apabila ada sesetengah keadaan orang membenci dan sakit hati bila tengok kita itu dengan sebab yang remeh temeh.

Kadang ada sahaja kerja kita tak kena,semua pekara kita buat seolah tak betul.Kita banyak kali mengelak untuk bertemu dengannya tetapi kerana hal-hal kerja dan hal tertentu kita perlu berurusan dengan orang yang kita tak senangi dan dia tak selagi dengan kita. Jadi bagaimana ? di sini acik ingin berkongsi pengalaman kepada kamu semua jika hal terjadi kepada kamu.

Pertama :Niatkan untuk pekara baik.

Niatkan di hati, ya Allah aku mencari rezeki , dia tak suka denganku, permudahkan urusanku ya Allah.




Jika niat kita betul , insha Allah Dia akan tolong kita.Minda separa sedar kamu bekerja dengan cukup baik dalam keadaan emosi kamu tenang. Bila kamu sudah pasang niat baik dengan seseorang, niat di hati tu akan naik ke minda sedar kamu lalu di serap masuk ke dalam minda separa sedar. Kamu perlu bertenang untuk memudahkan niat tadi diserap masuk dengan mudah ke dalam minda separa sedar. Jika kamu tidak bertenang, niat itu akan terhalang dari diserap masuk.Pastinya aura positif akan datang dan kamu akan dapat lakukan dengan baik tanpa prajudis. Dan mungkin dia akan terfikir "ehh dia nie baik rupanya " kenapalah aku benci dia sangat.

Kedua: Jangan main dengan emosi

Pertama kali kita melihatnya pastinya kita akan terkejut tetapi jangan tunjukkan terkejut tersebut. Tenangkan diri dan jangan letakkan emosi di situ. Senyumlah dan bertutur dengan baik  , jangan keluar kata-kata yang tidak menyenangkan dan tanpa alasan meninggi suara.Lakukan dengan profesional pastinya akan berjalan dengan lancar.

Ketiga : Jangan berprasangka buruk

Aduh pasti dia nak kenakan aku nie !!

bersangka baiklah ,kadang kala tak semua orang macam tu.Selalu yang berlaku adalah salah faham dan dek kerana ego masing-masing. 

Keempat : Maafkanlah dan minta maaf

Jika kita yang membencinya kita harus kaji diri kita adakah tindakkan kita betul ? Setiap manusia lakukan kesilapan maka maafkanlah. Ia akan buatkan kita lebih tenang. Jika pekara tersebut di sebabkan kita minta maaflah kepadanya. Jika dia tak maafkan terpulanglah sekurangnya dah minta maaf. Tapi elok di lakukan ketika di luar urusan kerja.

Kelima : Senyumlah

Kadang dengan senyuman mampu merawat hati yang di sakiti. Ianya akan bawa aura positif. Percayalah. Janganlah pula beri senyuman yang sinis dan tak ikhlas. Senyum tak perlu kata apa-apa.

Keenam : Berdoalah



Itulah sedikit cara yang acik lakukan menanganinya. Ianya sangat berkesan, kadang kita tak sedar tindak tanduk kita ada buat orang sakit hati. Jadi kita juga harus muhasabah diri. Ingat !!! syaitan akan terus menduga kita dan terus menghasut kita. Jangan kita ikut katanya lagipun tidak baik bermusuhan sesama kita.


"Janganlah kamu putus silaturahim, jangan kamu bermusuhan, berdengkian dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal (haram) seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari."

(Hadis Riwayat Tirmizi)

Share This!


2 ulasan:

Rozita Abdul Rahman berkata...

setuju acik.. kena sentiasa bersangka baik dan jangan sesekali ego dengan memikirkan kita ni jauh lebih bagus dari orang lain..

Hasliynda Umairah berkata...

betul tu..
kita kena positive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails