Pengikut

Rabu, 25 Januari 2017

ujian dari Allah itu dalam pelbagai bentuk dan salah satunya melalui orang yang paling kita sayang.



Assalamualaikum

Aku sayang dia tetapi kenapa dia buat aku seperti ini !

Orang tua-tua kata jika kita menyayangi seseorang jangan sepenuh hati letakkan sedikit keraguan kerana hati manusia mudah berubah.Jika sebarang kemungkinan berlaku, maka secebis harapan itu di jadikan kekuatan.

Letakkan sepenuh hatimu kepada penciptamu maka setiap hamparan ujian itu tersisipi dengan terbentangnya hikmah.

Rasa itu mudah berubah, mudah beralah dan mudah menghilang. Sering kali terjadi orang yang kita percaya dan sayang itulah yang sering menyakiti hati kita. Mengkhianati janji yang pernah di tuturkan.


Manusia hatinya cepat berubah, hari ini jadi sayang ,esok lusa jadi pembenci. Kepercayaan kita mula kurang, kita mula rasa hati-hati dan prasangka pada orang lain.

Tapi hakikatnya ujian dari Allah itu dalam pelbagai bentuk dan salah satunya melalui orang yang paling kita sayang.

Sebab itu jika marah, marahlah sekadarnya.Takut-takut kata membinasa diri.

Jika benci, bencilah sekadarnya tapi silap percaturan hati, kita juga merana.

Jika cinta itu, cintalah kerana tuhanmu pasti rasa cinta itu di jaga.

Jadi dalam soal hati pada acik sangat sesuai kita sentiasa serahkan pada Allah.

Amalkan doa yang ringkas ini.

“Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin.”


 Maksudnya:


 “Ya Allah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan.”


Share This!


3 ulasan:

  1. Pada awalnya banyak dugaan yang datang...Sally sendiri pun rasa sedih dan marah dengan diri sendiri...tapi benarlah apa yang selalu org cakap, Allah tu tidak sekalipun pernah kejam pada hambaNYA...cuma kadang apa yang kita nak bukannya benda yang kita perlukan, dan DIA akan tentukan bila benda yang sepatutnya kita dapat tu kita terima.

    BalasPadam
  2. Betul tue..pernah merasa semua tue..now letakkan harapan sepenuhnya pada Allah swt ... insyaAllah ada yg lebih baik akan dtg tnp kita duga ..

    BalasPadam
  3. Jika mahu di cintai,cintailah Allah...
    Jika mahu di sayangi,sayangilah Allah..
    kerana Allah tidak pernah sekali pun tinggalkan kita,benci kita..:)

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails