Pengikut

Ahad, 1 Januari 2017

Jika kita menunaikan hak-hak Allah, nescaya Allah akan tunaikan hak-hak kita


Assalamualaikum

2016 telah membawa beribu kenangan bersama kita. Ada kisah sedih suka dan duka yang tak semua mampu di luahkan. Hanya iktiar dalam doa di terjemahkan. 2017 menjadi detik move on untuk lepaskan apa yang telah berlaku.

Maafkan mereka yang pernah buat kita kecewa dan lara berpanjangan.Hati kita sudah cukup terluka, jangan di bebani dengan marah berpanjangan kerana ianya akan menjadi dendam. Memaafkan itu untuk permudahkan perjalanan kita untuk masa hadapan.


Fokus kita sekarang ini adalah jadikan tahun baru ini untuk kita perbaiki diri kita.

Pertama, perbaiki hubungan dengan Allah..

Kedua, perbaiki peribadi kita, ingat jodoh kita ada cerminan diri kita.

Ketiga, jaga perhubungan dengan mak ayah dan adik beradik. Berbakti kepada mereka dan  bantulah mereka dalam kesusahan.

Move on lah dengan apa yang terjadi.

Muhasabah diri, kerana kadang kala ada silap kita tak sedar. 

Jadikan tahun ini "turning point " atau titik perubahan untuk kita. 

Jika kita menunaikan hak-hak Allah, nescaya Allah akan tunaikan hak-hak kita di dunia dengan nikmat yang melimpah ruah.

Mana tahu jodoh kita tiba dengan penuh barakah.

amin ya rab.

Share This!


2 ulasan:

  1. InsyaAllah Aamiin ya rabb.
    Selamat tahun baru

    BalasPadam
  2. Selamat tahun baru acik moga kita sentiasa perbaiki diri menjadikannya lebih baik...

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails