Pengikut

Selasa, 3 Januari 2017

Tips Berkesan latihan untuk Ujian Memandu (Ujian JPJ) dalam litar (Bukit)


Assalamualaikum

Acik !! tolong dah kali ke 3 lesen tak lepas.

Lah tak lepas, sangkut di bahagian mana ? sahutku.

Bukit lah..

Mungkin ramai yang alami pekara yang sama.Acik kongsikan apa yang cikgu memandu ajarkan.

Pertama buat persedian mental dan fizikal. Sebelum pergi ujian pastikan ambil kelas tambahan memandu.

Semasa ujian pastikan diri sudah bersedia. Betulkan tempat duduk pastikan dalam keadaan selesa dengan kedudukan stereng, clutch dan minyak serta brek.

Kedua pastikan kita tahu keadaan kereta. Kita tahu deruman enjin, pecutan dan dapat mengawal minyak.

Ketiga Bergerak berterusan.

Ahh satu hal penting, tak boleh berhenti semasa ujian memandu dari garisan permulaan hingga garisan kuning puncak bukit.

Keempat gunakan teknik bertiga minit

Tempoh dari garisan mula hingga garisan kuning cuma 3 minit. Jangan terlalu lama ambil masa dan jangan terlalu cepat terus mendaki.

Kelima berhenti di garisan kuning !!

Bila sahaja tayar mencecah garisan kuning kamu harus bersedia berhenti.Kedudukan terbaik adalah ketika keadaan tayar di tengah-tengah garisan kuning.Keadaan tayar jika sebelum atau terlebih, tiada maaf bagimu. Fail !

1)Brek pada kedudukan tepat
2)Free gear
3)Tarik Handbreak 

Ahh Jangan mengangkat tangan sebelum anda pastikan kedudukan tayar kenderaan berada di tempat yang betul.Jika anda dapati kedudukan tayar kenderaan anda tidak betul anda boleh memohon dengan Pegawai Penguji untuk melakukan cubaan yang kedua sebaliknya jika anda telah mengangkat tangan maka anda tidak mempunyai peluang untuk melakukan percubaan yang kedua.

Keenam, time to move !!

Bila sudah berhenti di tengah garisan kuning, JPJ akan terus bergerak

Tips supaya kereta anda tidak berhenti atau berundur ke belakang.

1) Masukkan gear satu
2)Tekan pedal minyak sehingga meter gear dalam lingkungan sederhana tinggi(6-8)
3)Jangan sesekali lepaskan clutch gear semasa anda menekan pedal minyak untuk mendapat kelajuan yg tepat.
4)Lepaskan gear perlahan-lahan,kereta anda akan meluncur kehadapan dengan kelajuan yang stabil

All the best!! Good luck ye

Share This!


3 ulasan:

paridah berkata...

Boleh dijadikan panduan utk mrk yg nk ambil ujian memandu ni.

nana liena berkata...

salam acik..dulu kita ingat kalau dah masuk garisan kuning lepas tu terundur boleh buat lagi,rupanya dah kira gagal. kalau tak masuk garisan lg tp terundur kereta baru boleh repeat. peh..seram bila teringat kenangan masa ambil tahun lepas. alhamdulillah lulus.

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

nice sharing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails