Pengikut

Isnin, 6 Februari 2017

Silap kita dalam bercinta ini ialah kita tak minta petunjuk (Istikharah) pada Allah pasal jodoh kita



Assalamualaikum

Beberapa hari ini sibuk dengan event, penuh jadual harianku. Tiba-tiba aku di datangi seorang rakan. 

Acik aku nak minta pendapat, aku suka dekat dia tapi masalah aku tak tahu dia terbaik untuk aku atau tidak ?Kau rasa macam mana ?

Dah buat solat istikarah ?, balasku.

Eh kena buat ke?, sahutnya.

Ketika kau gusar apabila ada dua pilihan, tak kiralah soal jodoh, soal pekerjaan dan soal pendapat. Mintalah pada Allah. Kerana segala jawapannya ada pada Allah. 


Kadang hati ini degil sering ragu, selalu sayang seseorang menafikan sesuatu pekara. Kita terlalu ikut hati dan nafsu kita.

Kita sayang dia, semestinya dia milik kita. Hakikatnya segalanya milik mutlak Allah.Kita cuma pinjam buat tempoh tertentu.

Bila rasa dia terbaik untuk aku ? ya rab adakah pilihan aku tepat untuk pilih dia ?

Apa jua persoalan di minda kita, lakukanlah solat istikarah dan perkuatkan solat 5 waktu.

Istikarah itu adalah untuk kita mendapatkan kekuatan hati dan ketenangan dalam sesuatu pekara.

Bila hati kita tenang ,inshAllah di permudahkan dalam pemilihan kita. Apa jua keadaan jangan lupa Allah. Berceritalah, bermohonlah padanya kerana dia Maha Mendengar.

Share This!


2 ulasan:

  1. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

    BalasPadam
  2. Istikarah adalah jalan yg tepat tapi 5 waktu juga perlu disempurnakan dlu...
    insyaÁllah....

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails