Pengikut

Khamis, 16 Februari 2017

kadang takdir kita hanya dapat bertemu, kenal dan berkawan sahaja belum tentu jodoh.



Assalamualaikum

Pertemuan itu sering berlaku, kita bertemu, berkenalan dan mula perasaan itu datang. Ianya tak di duga, tak di jangka.

Kita mula suka dia dalam dia, kita mula merindui senyuman dia. Kita mula selit namanya dalam setiap doa kita. Kita cuba ambil berat tentang dia.Kita cuba sehabis baik untuk dia.


Dalam kita tak sangka pertemuan itu adalah ujian untuk kita. Kita bertemu sebagai proses perkenalan mungkin sebagai kawan tidak lebih dari itu.

Tetapi itulah hati, selalu berharap lebih dari apa berlaku, berusaha dan akhirnya hati mula terpaut.

Kita cuba rancang satu persatu mahligai indah untuk membina masjid teguh. Cinta bertaut berlandas jalanNya, akidah di jaga, pergaulan di bataskan.

Tetapi siapalah kita untuk mentakdirkan sesuatu kerana kita hanya hamba,takdir itu Allah yang tentukan. Hanya kita manusia merancang sesuatu mengikut kemahuan kita.

Serapat mana kasih berpaut, jika Allah telah takdir dia bukan milik kita maka akan terpisah juga. Segalanya berlaku merupakan ujian untuk kita. Mungkin ada yang lebih baik untuk kita dan dia.

Apa jua berlaku bersangka baik dengan Allah. Kecewa itu pasti tetapi teguhkan hati untuk yakin dengan Allah.

Jadi jangan terlalu berharap, kadang takdir kita hanya dapat bertemu, kenal dan berkawan sahaja belum tentu jodoh.




Share This!


10 ulasan:

  1. Salam Acik...
    Nieyl pernah mengalaminya..
    betul,kadang² kita bertemu,berkawan dan bercinta tapi akhirnya cinta tidak kesampaian..
    itu bkn jodoh kan..tapi jgn sesekali kita rasa buang masa atau menyesali apa yg terjadi sebab drpd itu kita dapat belajar bnyk perkara..btl x..

    BalasPadam
  2. Macam mana nak tahu dia bukan jodoh kita ? ada tanda ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy slalu dgr org ckp jodoh tu org yg kwen dgn kite.. klo ckp psl tanda2 dy tu jodoh kite.. mngkin bile anda pasti brkwn dgn niat nk brkahwin dgn gadis trsebut. lbih afdal klo sblm kwn dgn dy minta izin famili dy.. mne tau si gadis brkenan.. pndpt sy laa.. ��

      Padam
  3. dh 2 3 Kali kene.mmg sangat kecewa sbb layanan nya seperti sukakan kita.tetapi,sebaliknya.redhalah...mungkin ujian Allah.Allah uji apa yg kita mampu.sentiasalah berdoa agar dipertemukan degan jodoh yg sesuai.be stronggg !!! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe. Sama la. 2 3 kali gak kena. Tp berprasngk baik dengan rancangan ALLAH. Ada sebab kenapa ALLAH hadirkan dy dlm hidup kita. Semiga ada hikmah d sebalim semua ini 😊

      Padam
  4. betul2... kadang kita pon xpasti.. kadang mungkin berselisih ja kat tghan jalan.

    BalasPadam
  5. bertemu untuk berpisah bak tajuk lagu Hail Amir dan Uji Rashid. bercinta bagai nak rak tp kalau x de jodoh berpisah jua kata Ziana Zain.

    abam kie folo sini, ok? no 3910. tq.

    BalasPadam
  6. memang jodoh dan perpisahan itu
    lumrah kehidupan

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails