Pengikut

Ahad, 19 Februari 2017

Allah Menguji Kita Melalui Perasaan Tentang Jodoh


Assalamualaikum

Awan berarak seolah mengikuti kita, hati selalu sepi. Otak ligat memikirkan soal kehidupan. Hati ini penat untuk mengawal semua perasaan yang ada.

Kita sering memilih mengikut emosi kita, apa yang kita mahukan mesti dapat dan apabila tidak seolah Allah tidak mendengar doa kita.

Lalu hati kecewa dan beransur kurang yakin padaNya.



Sabar ! sabar! 

Jika di rungkai dan di catitkan satu persatu keinginan kita pasti bagaikan seisi dunia kita mahukan. 

Sebab itulah Allah hanyakan berikan yang terbaik dan mengikut keperluan kita.

Allah Maha Mengetahui kita bagaimana, maka yakinlah denganNya. 

Sebab itu Allah uji kita melalui perasaan. 

Sebab kita selalu pentingkan soal perasaan  & soal jodoh menjadi priority sedangkan ada hal-hal lebih penting dalam kehidupan kita dan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba kepadaNya.

Jadi muhasabah diri kita, soal jodoh itu penting tetapi lebih penting adalah pelaksanaan kita terutama tuntutan kita kepada pencipta dan keluarga.

Jika kita pembawakan cinta betul inshaAllah di permudahkan.

Kebanyakan cara kita lebih kepada emosi dan mengikut kehendak hati tanpa memikirkan hak-hak yang lain.

Semanis kata kita berikan semanis janji taburkan jika terlalu banyak maka boleh jadi sakit.

Jadi begitulah jika seandainya kita mengikut apa sahaja kemahuan kita, amalkan gaya hidup bebas. Tanpa segan silu mengikut haluan nafsu. Nampak seolah semuanya semanis gula. Akhirnya akibatnya kita yang menangung.

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”

– Surah AlBaqarah : Ayat 214

Perasaan yang Allah berikan gunakan sebaik mungkin. Kawallah dan sentiasa berzikir kepadanya. 

Jangan biarkan perasaan atau hati kita mengawal kita.Maka kawallah hati dan perasaan agar mengikut kata kita berlandaskan ke jalanNya.

Lakukan apa jua perbuatan yang baik dan niatkan kerana Allah.

Share This!


1 ulasan:

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails