Penat kerja, nak juga pergi
bercutikan. Rehatkan badan. Yelah kadang cuti sabtu ahadrasa bosan tak ada apa
nak buat . Asyik menghadap TV tengok drama korea, online tengok youtube, itu
jelahkan yang kamu biasa buat? Haaa mengaku jela tak payah malu-malu.
Sebenarnye aku pon buat benda yang sama juga.Hahahaha. Aku nak cerita sikit
trip aku ke Port Dickson ngan bestfriends aku. Okay la aku jujur je la ni. Kita
orang tak plan pon trip ni. Mula-mula lepak macam biasa sampai la ada one of us
yang initiate :
"Boring la, jom pegi
somewhere. Nak keluar la dari sini".
Daripada situ la jadinye
short trip kitorang yang buat memang last minute sangat-sangat aku pon tak tau
la ape yang merasuk kitorang untuk proceed je memandangkan masa tu takde
specific location pon yang kitorang ada in mind. Memandangkan masa pon dah
suntuk kitorang pon pilih Port Dickson untuk short escape kitorang. Di
Traveloka, banyak hotel Port Dickson yang korang boleh pilih.
Memandangkan dah set PD
sebagai lokasi, maka bermula la pencarian kita! kat mana nak tinggal ni? Haaa
mula mula nak cari chalet kat sini sebab nak cari tempat penginapan tak susah
mana pon, sebab ada banyak. Tapi alang alang nak bercuti ni, kitorang decide nak duduk kat
Port Dickson hotel yang decent sebab nak duduk satu
malam je, so nak yang selesa dan berbaloi. Jadi nya kita orang pon book online
mid tier hotel, Hotel Seri Malaysia PD. Hotel Seri Malaysia ni ada banyak
cawangan kat seluruh Malaysia, salah satu nya dekat PD ni la. Location dia
strategik sebab dia dekat dengan bandar, access ke hospital, terminal bas dan
Blue Lagoon Beach ataupun bahasa Melayu nya Pantai Tanjung Biru.
Lepas tempah hotel,
siap-siap pack barang semua kitorang pon bergerak la ke Port Dickson satu
kereta je sebab cuma bertiga. Tempoh perjalanan lebih kurang sejam je dari KL,
keluar kat tol Port Dickson (Exit 219). Ha nak cerita ni la, dalam
perjalanan ke Hotel Seri Malaysia Port Dickson, kitorang singgah makan
tengahari dulu kat Cowboy Place nasi kukus ayam panggang yang famous tu.
Memang kenyang gila and puas hati la. Jadi lepas makan, perut kenyang, hati
senang so mesti rasa ngantuk nak tido kan? haha pantang makan mesti ngantuk.
Since lepas kitorang siap makan, kitorang pergi la check in kat hotel, Check in
time hotel ni pukul 2.00, so check in and rehat kat bilik jap, nak plan buat
ape lepas ni (selain tidur). Aku rasa ni hotel
Port Dickson yang paling cool sebab staff kat sini semua
mesra.
Kita orang pon decide nak
menambah ilmu di dada, so kitorang pon pergi ke Muzium Tentera Darat, tak jauh
dari hotel. Muzium Tentera Darat ni untuk pengetahuan korang merupakan muzium
tentera yang terbesar di Malaysia. Ada banyak bahan artifak dan replika sejarah
dari zaman penjajahan portugis sampai la saat Malaysia mencapai kemerdekaan.
Terasa amaze tengok teknologi perang dengan maklumat senjata yang ada kat situ. Lepas ke muzium tu, kitorang melepak kat Tanjung Biru(Blue Lagoon) , ni memang first time pergi pantai ni sebab sebelum ni pergi PD duduk area Pantai Teluk Kemang je. Pantai dia lagi bersih lepas tu view dia memang lagi cantik kat sini. Lama jugak lepak kat situ tengok view and lepas tu balik hotel bersihkan diri untuk siap siap dinner lepas maghrib nanti. Kitorang decide untuk dinner kat Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood. Overall makanan kat sini sedap dan harga dia reasonable, tips untuk orang yang nak datang restoran ni, dia bukak pukul 7.00 weekdays dan 6.00 hari Ahad. Restoran ni menghadap pantai and makanan yang korang mesti cuba ialah.... jeng jeng! Siakap 3 rasa dia memang ummph!
Esoknya kita orang breakfast
kat hotel lepas tu siap-siap kemas barang sebab check out pukul 12.00, kita
orang check out awal sikit sebab nak pergi satu tempat sebelum balik KL. Overal
stay kat Hotel ni bagus! Definitely worth our stay as one of the recommended hotel di Port Dickson yang
kitorang jumpa online. Lepas check out kitorang singgah Ostrich Farm. Ye!
Ostrich Farm! sebab kan dah cakap nak try benda lain kat PD ni. Surprisingly
seronok sebab bukan setakat ostrich je, ada lagi banyak haiwan lain macam
arnab, kuda and burung merak. Boleh bagi makan dan boleh tunggang ostrich tu
kalau berat bawah 40kg! Kitorang try satay ostrich kat cafe dalam tu jugak,
rasa dia interesting Haha. Lepas puas main dalam tu, kitorang pon gerak balik
KL sebab takut kalau lewat sangat jalan jammed. Memang syok gila short trip ni
and you guys should try this too!
20 ulasan:
Wahh jalan2 Port Dickson gitu..Kekya tak pernah g lagi kat PD..satu hari nnt mungkin akan jejak kaki kat sini gak...insyaallah
nak juga ke sini klu berkesempatan...menarik tmpt ni
Seingat pcl ankan, PD ni bila malam se suasan suram.. Mungkin pcl x pandai lg explore tempat orang ..tapi bila baca achik punya trip PD ni macam best pulak.. nak try benda lain kat PD itu yg pasti. Dan menginap di seri malaysia. Nest month la kot tgk bajet poket makin tipis ni.. Haha.
Akak pun tak khatam lagi jenjalan kat PD padahal dekat je dengan Seremban..
Bestnye g pD. Nak mandi laut
cikla pernah mkn kt cowboy place tu. tp masa tu mmg pack giler org. so, service mcm slow. anak2 dh tantrum dah sbb tunggu lama.
tp mujurlah nasinya mabeles...sedap
Dah lama rasanya xg PD ni ... insyaAllah cuti nnti PD jdi next destinasi
Seronoknye tak plan boleh jalan2...g x rumah terbalik?
Pantai Tanjung Biru memang best dan lebih cantik serta bersih.. setiap kali ke PD mesti cari hotel2 yang dekat area Pantai Tanjung Biru je..
:)
...
bestnya g PD..tak penah sampai PD lagi..hehe
Seronoknyaaa kalau dapat ke sana. Nani tak pernah lagi bercuti dekat PD 😊
Kalau p PD selalu terjah bt8 je..rupanya byk tempat menarik. Bole try bawa anak2
Kalau p PD selalu terjah bt8 je..rupanya byk tempat menarik. Bole try bawa anak2
Masa dayah dekat usim dulu, selalu juga turun ke PD tapi tak tahu pula yang muzium tentera dengan Ostrich Farm tu..huhu rugi rasa, tak pernah ambil tahu..huhu
perghhh baca tang ikan bakar tu tertelan air liur hahaha. PD memang best :D
Seronoknya bercutidi PD bnyktempat yg boleh dilawati
PD home town saya..hihihi
Boleh la list PD ni lokasi percutian utk shortvacay next time...mcm best plak baca entry acik ni..
PD selalu juga pergi buat piknik dgn family...
so,jangan sangat pergi sana utk explore...
best kat PD
Catat Ulasan