Pengikut

Selasa, 28 Mac 2017

Apa yang Allah takdirkan itu baik belaka.Pujuk hati, sabarlah.


credit : restisasti

Assalamualaikum

Wahai hati, mengapa engkau jauh sangat dengan Allah ?

Mencari haluan, lorong-lorong sempit, buatkan tubuhmu sesak bernafas, mata kelam untuk melihat hikmah di balik apa yang berlaku.

Aku di uji kau juga turut di uji.Tetapi jangan biarkan nafsu mengawal hatimu.Jangan jauh dari tuhanmu.

Sayang dua hati manusia sifat sementara bila permata sirna kelak kau di lupakan. Hilang kata-kata manis sehingga semut jelak mendekat.

Cinta kau pada dia lebih dari tuhanmu ?

Urut dadamu, lafazkan 2 kalimah syadah. Diamkan lidah dari berkata-kata. Ujian itu kadang hadirnya memang tak di duga, air mata jatuh tanpa di pinda.

Bertemu dan berpisah setelah lama berkenalan. "Dia jodohku! Dialah soulmate aku !"

Tetapi di uji hadirnya orang ketiga dan ada sahaja penyebab kita berpisah.Hati mana tak merana, hati mana tak hiba, hati mana tak peritnya rasa bagai di tikam.

Tetapi pernah tak kau muhasabah diri ?

Kenapa kau di pisahkan ?

Muhasabah diri, Allah terlalu sayang padamu.Allah tak ingin kau di biarkan terus lakukan larangannya. Habiskan masa bersama tanpa ikatan sah. Berjanji tanpa berfikir mampu kau laksanakan janji-janjimu.


Kata di mulut tak akan jadi apa, kau jaga pergaulan tetapi selagi nafsu menguasai.Nauzubillah.

Marahkan hatimu ketika di uji soal cinta dan jodoh.Kita sering mahukan hari yang cerah.Tetapi Allah lebih mengetahui, hakikatnya hujan perlu diturunkan.Kita ingin seringkan segalanya mudah.Jauh sekali akan kesusahan.Tetapi Allah lebih mengetahui kesusahan itulah yang mengajar Erti Kehidupan.Kita sering menginginkan ketenangan.Hakikatnya diri ini penuh dengan kelekaan.

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.”
( At-Talaq : 2 )

Hakikatnya kita hanya manusia biasa dan hamba kepadaNya. Juah kemana kita pergi pasti kita kembali kepadaNya.Setiap ujian yang di takdirkan itu datang dariNya dan Allah jugalah membantu merungkaikan semua masalah satu persatu.

Wahai hati hati kembalikan bertaut pada tuhanmu.Yakinkan hatimu,bahawa Allah selalu ada dengan kita cuma kita jauh, jauh dariNya.

Berikan masa pada hatimu, berdoalah dan berbicara pada tuhanmu kerana dia Maha Mendengar dan Maha Pengampun.


"Ma qaddarallah khair"
Apa yang Allah takdirkan itu baik belaka.Pujuk hati, sabarlah.


Sabar selagi mampu, selagi helaan nafas terakhir.Bersangka baik dengan Allah. InshaAllah akan di permudahkan urusan kamu.

Biarkan air matamu mengalir..




Share This!


6 ulasan:

  1. kita hanya mampu merancang ...walaupun apa yang kita rancang itu baik ...tapi kita kena sedar perancang Allah lebih baik dari perancangan manusia

    BalasPadam
  2. Perancangan setiap manusia yang baik dan ada yang jahat..Setiap apa yang berlaku ad hikmah

    BalasPadam
  3. Allah sebaik-baik perancang...

    BalasPadam
  4. Beriman msnsyukuri takdir-Nya

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, apa sahaja yang ditentukan buat kita adalah baik. Sebagai hambaNya itu hanya sebagai ujian untuk kita terus bersyukur kepadaNya

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails