Ticker

6/recent/ticker-posts

Bagaimana Saya Berubah Dari Seorang Introvert Kepada Extrovet?




Assalamualaikum

Kadang bila kita jumpa seseorang itu, dia kurang bercakap. Tercetus dalam hati.

Eh sombongnya dia nie !

Itu biasanya orang kata pada aku, sebenarnya tidaklah seperti itu. Aku ini sebenarnya dulu seorang yang introvert.


Apa itu introvert ?


Introvert atau Introversion adalah keperibadian manusia yang lebih berkaitan dengan dunia dalam fikiran manusia itu sendiri. Jadi manusia yang memiliki sifat introvert ini lebih cenderung menutup diri dari kehidupan luar. Mereka adalah manusia yang lebih banyak berpikir dan lebih sedikit berinteraksi.




Mereka juga orang-orang yang lebih senang berada dalam kesunyian atau keadaan yang tenang, daripada di tempat yang terlalu banyak orang.


- Ciri-ciri Introvert:
a. Senang menyendiri
b. Suka memikirkan apa orang cakap tentang kita
c. Pemalu
d. Pendiam
e. Lebih senang bekerja sendirian
f. Lebih suka berinteraksi secara langsung dengan 1 orang (1 on 1 interaction)
g. Susah bergaul
h. Senang berimajinasi
i. Jarang bercerita, lebih suka mendengarkan orang bercerita
j. Senang dengan kegiatan yang tenang (membaca, bermain komputer, memancing, bersantai dsb)
k. Lebih senang mengamati dalam sebuah interaksi
l. Berpikir dulu baru berbicara/melakukan
m. Lebih mudah mengungkapkan perasaan dengan tulisan 

Bukan senang nak keluar dari kepompong ,dari seorang yang pendiam menjadi seorang yang ramah atau Extrovert.



Bagaimana acik lakukan untuk merubah diri sendiri dari introvert ke extrovert ?


Pertama : Sertai sukarelawan , fasilitator dan persatuan-persatuan dan sertai Sepetang bersama blogger.

Kenapa perlu sertai ?

Di sini mula kamu membina jati diri kamu, belajar untuk lebih berkomunikasi dengan orang yang baru kamu kenal. Dedahkan diri kamu dengan ragam manusia dan cuba di adaptasikan.


Kedua : Belajar pengucapan awam.

Dulu setiap kali di kelas acik adalah orang yang takut untuk ke depan bila di minta pandangan dan bila ada sesi suai kenal. Masalah utama adalah terlalu memikir apa yang orang cakap tentang kita.

Dari situ kena ada ilmu, acik cuba dedahkan diri. Kalau ada beri ucapan, jadi pengacara majlis acik cuba sahut. Dan rasa tak yakin pada diri itu hilang sedikit demi sedikit. Rasa yakin diri itu ada, sekarang mampu bercakap walaupun depan 1000 orang di depannya.Alhamdulilah.

Ketiga : Cuba berbual dengan adik beradik dan mak

Mereka lebih memahami kita, cubalah selalu berbual dengan kita. Biarkan rasa selesa untuk berkomunikasi.

Dari situ juga kamu dapat bila keyakinan diri dan cubalah banyakkan pergaulan.

Sertai usrah dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Keempat : Berdoa dan memohon kepada Allah.

Segala apa yang berlaku ada hikmahnya, rajinkan diri untuk berdoa.Meminta agar di beri keyakinan diri melalui doa nabi musa.

1) Doa nabi Musa a.s  :

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي ويَسِّرلي أمري وَاحْلُل عُقْدَة من لِّساني يَفْقَهُوا قَوْلِي

“ Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku”
2)

Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Semoga ianya membantu kamu semua untuk menjadi insan lebih baik kerana Allah.

Catat Ulasan

2 Ulasan

nasib baik akak ni tak pemalu
hihihi..
Nashgal berkata…
Terima kasih atas posting yang bermanfaat. Amat membantu untuk kembangkan potensi diri.