Pengikut

Isnin, 17 April 2017

Biarlah Jodoh Lambat, Asalkan Yang Datang Jodoh Terbaik Untuk Kita


Assalamualaikum

Hati mana yang tak mahu di milik oleh seseorang yang bakal penyeri dan peneguh iman untuk kita.



Pasti mahukan seseorang untuk berkongsi cerita dan kehidupan. Tetapi dalam penantian tersebut harus di gandakan tahap sabar.

Sabar dengan pertanyaan dan andai mereka. Cepat atau lambat jodoh tersebut ianya rahsia Allah.

Tetapi kita sebagai hamba harus menyakini segenap hati bahawa Allah selalu ada dengan kita dan takdirnya yang di hamparkan itulah yang terbaik. Dalam masa yang sama kita baiki diri dan carilah cintaNya dahulu. Mungkin bermula dengan kurangkan bercakap pekara-pekara lagha.

Baiki solat kita, puasa kita dan pelajari ilmu rumahtangga. Mungkin boleh di praktikkan dengan bantu mak di dapur. Belajar memasak tak kira lelaki atau perempuan. Mengemas rumah dan bantu jaga anak sedara.

Bila dah kawin kita dah ada pengalaman dan sedikit ilmu. Tak apa kalau jodoh lambat asalkan ianya jodoh yang terbaik untuk kita.

Pada acik paling penting dalam solat selalu doa. Agar di pertemukan seseorang yang dapat terima kita dan keluarga seadanya dan buatkan iman kita naik. Serta dapat bersamanya hingga helaan nafas terakhir.

Usia kita makin bertambah, jadi kena juga jaga kesihatan. Jaga permakanan dan kesihatan tubuh badan. Kita mahu yang terbaik ?

Kita kena kena persiapkan diri kita jadi yang terbaik untuk di miliki.

Mak Acik selalu pesan, jadilah seperti udara agar sentiasa melengkapi. Sinari hari-hari bagaikan mentari untuk sentiasa berguna dalam kehidupan.

Jangan jadi serangga perosak, yang menjadi perosak tanaman orang lain.



Share This!


5 ulasan:

  1. Usaha,tawakal dan berdoa..InsyaÁllah..

    BalasPadam
  2. Betul. Tak guna kecewa bila nampak kawan asyik upload gambar kahwin kat FB dan IG. Biar lambat yang penting selamat

    BalasPadam
  3. doakan fae nikah tahun ne ye acik ehhe

    BalasPadam
  4. Tak perlu tergesa-gesa dlm mncari jodoh

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails