Ticker

6/recent/ticker-posts

Sekarang baru aku faham, kenapa Allah belum jumpakan aku dengan seseorang yang ku tunggu itu


Assalamualaikum

Dulu aku seperti kamu semua, terlalu memikirkan soal jodoh. Siapa jodoh aku ? 

Mencari tips pelbagai di laman sosial mahupun blog-blog dan nukilan untuk tatapan sendiri. Orang kata baca surah yusuf dan pelbagai lagi sebagai alternatif tetapi di akhirnya tercetus hati sedikit keciwa bila tidak kunjung tiba.



Jumpa seorang ustaz, dia meminta aku lakukan beberapa pekara. 

1. Jaga solat
2. Jangan lupa bersedekah
3. Rajinkan diri beramah mesra dengan kenalan
4. Dekatkan diri dengan masjid
5. Selalu berzikir dan berselawat
6. Dahulukan ibu dan jaga ayahmu.

Sepanjang perjalanan aku lakukannya satu rasa yang tak pernah aku duga aku rasakan. Rasa yang sebelum ini belum pernah aku rasakan.

Ianya adalah yakin sepenuh dengan Allah kerana dia sebaik perancang.

Aku usaha, berdoa tetapi belum lagi allah pertemukan dengan seseorang yang bakal menjadi co pilot ku.

Tapi masalah kita..

Kita doa, kita nak segera di makbulkan.
Kita berjumpa dengan seseorang yamg kita suka. Terus kita mahu dia jadi milik kita until jannah.



Hakikatnya perjalanan itu bukan semudah yang kita sangka. Ada sahaja pekara yang tak di sangka. Sehingga saat akhir hati dan mata seiring menjadi peneman malam mengalun tinta kepada Maha pencipta.

Sekarang baru aku faham, kenapa Allah belum jumpakan aku dengan seseorang yang ku tunggu itu.

Mungkin doa ibuku dan Allah mahu aku menjaga mak aku. 

Cuba bahagiakan dia dengan cara aku sendiri aku, buat dia bahagia. Lihat senyuman dia cukup puas rasanya.

Soal jodoh itu biarlah dahulu. 

Aku lebih pentingkan kebahgiaan mak aku.

Satu persatu Allah permudahkan urusan aku. Dapat kerja dekat dengan rumah walaupun 20 minit perjalanan.

Kalau cuti aku bawa dia jalan-jalan. Kalau setiap malam rabu, ahad. Bawa pergi pasar malam. 

Kalau dia teringin nak makan malam-malam. Cuba aku turuti. Cuba buatkan dia bahagia. 

Aku mula pelajari bahawa segala sesuatu yang di takdirkan itu bersebab.

Ada yang rezeki kawin awal, 
Ada yang di uji dengan kawin lambat.

Tetapi semuanya ada hikmah cuma bagaimana penerimaan kita menghadapinya.


Catat Ulasan

4 Ulasan

paridah berkata…
TAHNIAH ACIK ANAKSOLEH HARAPAN IBU AYAH
Mimoko Aira's berkata…
Assalamualaikum.. tetibe ase mcm nk coretkan something di sni.. ���� co pilot? brmakna sang pnulis adlh lelaki.. Alhamdulillah krna encik brjaya gmbirakn hti ibu encik.. smoga jodoh encik dipercptkn.. Prcaya dan yakin.. jnji Allah itu pasti.. Jodoh perlu dijemput.. Sy akn amalkn tips di atas.. Trima kasih..
Thùy Liên berkata…
Visit my site you will have more useful information: state of decay 2