Assalamualaikum

Jumpa seorang kenalan, eh kau kerja sini ? tak sangka aku. kau dulu di kenali tapi kerja ini je ? 

Kau ada degree !
Jaga standard kau !
Kalau setakat ini baik tak ada degree pun tak apa, degree kau buang je kat tong sampah !

Aku hanya mampu buat muka seposen sahaja. Hakikat kehidupan , kita merancang dengan cita-cita tinggi menggunung tetapi takdir Allah itu kadang kala tidak mengikut apa yang kita rancang dan di berikan mengikut situasi yang mungkin kita tak pernah jangka.

Kau tahukan zaman sekarang bukan mudah nak cari kerja. Kalau fikir standard tak kerjalah aku ini.

Masa aku susah, tak ada duit, ada kau datang menghulur bantuan ? 

Jelas tiada, waktu aku perlukan kerja yang standard ada kau bantu untuk sama-sama carikan ? 

Tentu tiada 😊

Hutang PTPTN terus bergerak, tunggakan juga terus berjalan. Biarlah aku kerja biasa-biasa asal dapat bayar hutang dan bantu mak aku.

Kawanku, tak semestinya apa yang kita belajar itu mesti kita kerja dalam bidang itu juga. Kalau ikutkan kelayakan dan scope kerja memang tak akan kerjalah kita.

Mungkin kau kata membazir ada ijazah tapi tak berapa gunakan. Kau silap, ijazah itu hanyalah sebagai kelayakan pendidikan selebihnya adalah kemahiran apa yang kau ada.

Itu pasaran sekarang yang mahukan.Kepada rakan-rakan yang masih menunggu gaji dan kerja ijazah. Jangan menunggu bagaikan bulan jatuh ke riba. Tak apa, tak salah kalau kerja biasa-biasa dulu. 

Asalkan ada duit, tak susahkan orang. Biarkan mulut-mulut itu berkata. Masa kita susah mereka tiada. Maka kita berjaya merekalah yang datang mendekat.

Kalau mereka sanggup bayarkan PTPTN kita sanggup aku menunggu walau bertahun.