Pengikut

Jumaat, 15 Disember 2017

Temukanlah dia dengan seseorang yang baik akhlak, iman dan taqwanya.



Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah. Marilah kita bersyukur atas nikmat yang di berikan kepada kita. Marilah juga kita berselawat ke atas junjugan besar nabi Muhammad saw.

Asam garam dalam perhubungan ada manis dan ada pahitnya. Tentu sekali kita lebih mengamatinya manisnya erti cinta dan sukar untuk menerima pahitnya cinta. Apabila putus cinta ,semua kata-kata makian yang di keluarkan.

Aku akan pastikan kau tak akan bahagia dengan dia !!
Kau buat aku derita dan kau perlu terima balasannya !
Semua lelaki itu sama penipu !!
semua perempuan itu sama suka mempermainkan hati dan perasaan orang !

Itulah ungkapan yang sering kita dengar dari mereka. Segalanya yang berlaku ada hikmahnya walaupun kita sendiri tidak tahu hikmah di sebalik kejadian . Tetapi percayalah Allah ambil orang yang kita sayang hari ini bukanlah kerana Allah tidak ingin kita bersama dengannya.Malah untuk kita sentiasa muhasabah diri dan mungkin juga Allah ingin temukan seseorang yang lebih baik untuk kita.Allah itu sebaik perancangan untuk hidup kita. 

Pengalaman di tinggalkan memang akan sakit , tetapi pada acik ianya amat berharga untuk kita kerana ia mengajarkan kita menjadi seorang yang lebih tabah. Secara tak langsung kita muhasabah diri kita agar jadi lebih baik. Kalau ada seseorang yang kamu cintai, suruh kamu lupakan dia tinggalkan kamu, kau buat apa?”

“Doa.”

“Doa supaya dia buka hati untuk kamu?”

“Tak.”

“Dah tu?”

“Aku akan doa ; Ya Allah temukanlah dia dengan seseorang yang baik akhlak, iman dan taqwanya. Aku mahu dia gembira, Ya Allah walaupun bukan kerana aku. Aku mahu dia dicintai dengan selayaknya tidak seperti mana aku mencintainya, dan aku mahu dia ditemukan dengan seseorang yang melihat dirinya bukan dengan pandangan nafsu manusia dan syaitan, tetapi pandangan dari-Mu, ya Allah.”

Kalau perpisahan terjadi doakan dia supaya jumpa orang yang mampu berubah hidupnya untuk menjadi lelaki dan perempuan yang lebih elok. Tak salah kan ? Allah itu maha Adil dan mungkin atas doa kita itu Dia hantar orang yang lebih baik untuk kita.

Mampu kita untuk mendoakan seperti itu ? 

Di situ kita di uji lagi dan kematangan seseorang itu bukan diukur melalui pertambahan usianya atau kepetahan ucapannya , tetapi melalui cara seseorang berfikir dan ketika membuat keputusan.

Bercinta kerana Allah dan berpisah kerana Allah tentu kita tidak akan rasa sakitnya soal cinta kerana kita tahu Jodoh itu rahsia Allah yang tersembunyi rapi untuk kita. Baiki diri dan sentiasa doakan pekara yang baik-baik insha ALLAH orang yang baik-baik juga akan mendekati kita. Berlapang dadalah dengan ketentuan ilahi.

Berlapang dada juga bermaksud tidak bersangka buruk dan mencari-cari kesalahan dan kesilapan kemudian menghebahkannya kepada orang lain.

Semua itu sangat dilarang oleh Allah. Dalam sepotong ayat, Allah s.w.t. berfirman (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.”(Al-Hujurat 49:12)

Jadi carilah cinta Allah ,maka cinta itu akan hadir tidak akan menyakitkan malah akan sentiasa bertambah. Katakan tidak pada "couple " kalau dah ada duit, berkenan di hati ,apa tunggu lagi ? masuk meminangnya dan jadikan yang halal untuk kamu.

Share This!


4 ulasan:

Fatin Shahrizam berkata...

Pernah rasa sakit tu. Tapi tak guna pun kalau nak berdendam. Lepaskan, mula yang baru. Kena bersyukur sebab dia bukan yang terbaik untuk kita. ALLAH atur jalan kita semua baik baik kan.

Mrs Pip berkata...

Tanpa dendam, hidup lebih bahagia...

paridah berkata...

BERDOA YG BAIK2 SAJA BARU BERKAT

Cik Ai berkata...

Dendam tu terjadi sbb kita sakit, sbb kita sedih, percayalah kalo kita bertemu dgn org lain, dlm erti kata yg lain Tuhan temukan seseorg dgn kita, dendam tu pasti hilang, hilang dgn sendirinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails