Pengikut

Selasa, 26 Disember 2017

Jodoh, Tak cepat , tak lambat ianya mengikut masa yang tepat Allah kurniakan.




Satu hari aku bertemu dengan seseorang yang pada di mata aku cukup segalanya. Sedap mata memandang.

Lama sudah aku tidak ada perasaan ini, perasaan merindui seseorang.Ingin selalu aku dengar suaranya. Lunak suaranya buat aku terbuai.

Baru beberapa hari, sudah mula rasa rindu. Adakah ini jodoh ? 

Lama juga aku whatsapp dia. Arghh terlepas solat zohor. Eh dah malam. Ala mak nantilah buat kerja tu, sibuk banyak kerja.

Otak ini cukup banyak flashback ayat-ayat tersebut. Aku sedang jatuh ini tapi kenapa aku rasa kehilangan, rasa makin jauh dengan Allah. Makin aku malas untuk semua. Banyak pekara lagha.

Ajak berjumpa, mula merapatkan ikatan.Segala katanya mula di turuti,dia merajuk.

Mula rasa tak keruan hati, sesiapa ada ketika itu di jadikan mangsa melepaskan amarah. 

cemburu, di kongkong, perlu melaporkan apa jua kita buat dan ikut kehendaknya.

Adakah ini jodoh yang Allah kirimkan ? 

Tentunya bukan. Cinta dari Allah itu membuatkan iman kita senantiasa naik dan makin selalu ingat padaNya.

Dalam kita terlena, rupanya di sebalik pertemuan ini, terletak ujian dan terselit permainan syaitan membuatkan kita hanyut.

Hanyut demi cinta tak pasti,
hanyut biarkan diri kita ternoda dengan kemaksiatan,
Hanyut biar kita jauh dari Allah.

Tapi itulah egonya kita mempersoalkannya. Mengejar cinta sejati katanya. 

Hakikat maka gelak besarlah syaitan kerana berjaya mempermainkan anak adam. Seharusnya hidayah Allah yang perlu di cari dan sedangkan jodoh itu Allah dah tentukan cuma kita juga perlu berusaha.

Tetapi sekarang ini terbalik.Jodoh yang di cari dan biarkan hidayah mencari kita.

Allahurabbi,

Andai ada jodoh jangan takut. Tak cepat , tak lambat ianya mengikut masa yang tepat Allah kurniakan.

Bahagiakan mak dan ayah kamu dulu. Baiki diri.

You want a real jihad?
Smile to your parents when you come home. Pray on time. Control your tongue, your eyes, and control your thoughts.


Share This!


1 ulasan:

Noriza Abdul Rahman berkata...

Aah, betul tu. Jodoh sampai tepat pada masanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails