Cara Terbaik Untuk Kembalikan Dari Masalah Depresi | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Jumaat, 29 Disember 2017

Cara Terbaik Untuk Kembalikan Dari Masalah Depresi



Siapa kenal aku, dia akan tahu akan bagaimana. Ramai yang kata aku pendiam. Tak yakin diri dan pemalu. 

Mereka silap, mereka tak tahu apa yang pernah aku lalui. Biarlah hanya aku simpan rapat-rapat. 

Sebenarnya aku juga pernah lalui depresi atau mengalami kemurungan di waktu remaja.

Mereka tak faham, aku jadi pendiam kerana apa,sebenarnya aku tertekan dengan keadaan persekitaran. 

Tekanan hidup,mak bekerja balik sampai 2 pagi, kesian dekat dia. Aku tak salah mak, dia berusaha untuk memenuhi keperluan aku.

Tapi itulah, dulu aku selalu rasa diri aku tak berguna, selalu sedih dan hampir setiap hari aku alami masalah nak tidur malam. 

Lama aku cari diri aku hilang entah ke mana mungkin di planet pluto. lama serious lama untuk cari kekuatan itu.

Untuk pulihkan semangat yang hilang.

Hilang ke dasar laut dalam.

Apa yang aku lakukan ? 

1. Sertai komuniti atau group motivasi.

Waktu di politeknik aku banyak sertai group yang dapat tingkatkan keyakinan diri aku. Salah satunya aku sertai Pembimbing Rakan Sebaya Politeknik (PRSP). Di situ aku belajar untuk mengenali diri aku dan belajar berkomunikasi yang lama dah hilang. Nak bercakap macam ada emas dalam mulut. 

Mulai dari situ muncul sedikit keyakinan.

2. Belajar meluahkan.

Masa dulu tiada laman sosial, tempat aku luahkan perasaan adalah dengan sahabat dekat. Selalu menjadi pendengar yang baik. Apapun meluahkan pada tempat yang betul dan orang yang betul. 

3. Dekatkan diri kepada Allah.

Kita milik pencipta kita, kenapa perlu jauh dariNya ? 

Maka dekatkan jarak yang terpisah itu. Luahkan padaNya, Allah Maha Mendengar. Jadi ceritalah, solatlah , zikirlah ianya menenangkan jiwa kita.Sepi itu kadang akan hadir, jahatnya syaitan saje meruntunkan jiwa.Kau kena kuat, cekalkan hati, yakinkan hati. Kita ada Allah.

4. Jangan biarkan kita selalu sendirian.

Bila keseorangan ini akan buatkan kau fikir bukan-bukan sehingga paling teruk kau rasa nak bunuh diri. Kau rasa diri kau tak di perlukan, tak berguna.Banyakkan bergaul, lebih baik kalau pergi usra, dekati masjid, kembalikan keyakinan pada Allah. 

5. Berjumpa pakar kauseling atau psikiatrik

Jika sudah tidak terkawal atau makin teruk. Berjumpalah dengan pakar. Jumpa psikiatrik bukan bermakna kau gila. Tetapi untuk dapatkan rawatan untuk merawat penyakit kau.

Ini sebahgiannya dari pengalaman lepas. Sebab itulah acik cuba bantu remaja dan cuba memahami keadaan dan perasaan mereka. InshaAllah acik bantu termampu boleh berhubung terus di facebook acik. 

Jika lihat di sekitarmu ada mereka yang mengalami kemurungan. Bantulah mereka, jadilah pendengar yang baik untuknya. Dekatilah dia.

Share This!


2 ulasan:

Kak Sue berkata...

Good sharing Acik..

Usry Norie berkata...

Terbaik. saya suka point nombor 3.
Bila rasa tertekan je, saya akan ambil wudhuk dan naik solat 2 rakaat. Alhamdulillah., Lega.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails