Ticker

6/recent/ticker-posts

Kadang-kadang bila kita terlalu dekat, Ia melebihi yang sepatutnya.




Untuk kamu pernah tak terfikir,
Kenapa Tuhan memisahkan kamu dengan orang yang kita cinta?

Bukan dari kotak fikiran semata,
Tapi dari lubuk hati yang jernih yang cintakan Pemilik Cinta itu.

Pernah?

Nak tahu,
Kadang-kadang bila kita terlalu dekat,
Ia melebihi yang sepatutnya.

Allah SWT sangat baik,
DIA menambah jarak itu,
Kerana DIA mahu kita muhasabah diri.

DIA mahu kita berbicara pada-Nya.
DIA mahu kita saling mengingati dalam doa.

Jika benar cinta,
Yakinlah perpisahan itu sementara.
Yakinlah perpisahan itu terjadi kerana Allah SWT mahu melindungi kita daripada fitnah.

Jika cinta itu benar,
Pasti ada jalannya untuk saling bersama.

Bersabarlah.
Jangan sesekali meninggalkan Allah SWT kerana cinta.

Bukankah kerana adanya Allah SWT maka baru kita bertemu dan bercinta?

Jangan ikut rasa kelak binasa.
Jangan ikut hati kelak mati.
Maka ikutlah kata iman,
Nescaya akan aman.

Muhasabah diri buat saya dan kamu.
Sesungguhnya tiada cinta setulus cinta-Nya.
Tabahlah menanti,
Kuatkan hati,
Dia juga sedang menanti,
Pada satu saat yang pasti.

Untuk kamu,
Waktu malam adalah waktu yang paling bagus untuk kita muhasabah diri.Kerana rasa sepi itu selalu hadir.

Otak ligat memikirkan banyak pekara.Bila buka facebook kawan-kawan tag jemputan kawin. Status dapat baby.

Sedangkan kita, masih sendirian.Ya Rab hati ini sunyi, aku perlukan seorang teman.

Sabar...sabar..berdoalah. 

Solat dekatkan diri padaNya. Kerana Jodoh merupakan rahsia Allah yang tersimpan rapi. 

Kita selalu impikan jodoh yang baik, yang dapat terima kita seadanya. Tapi kita jarang jadikan diri kita untuk jadi jodoh yang terbaik untuk di miliki.

Jadi mula-mula sedikit demi sedikit kita baiki diri. 

Jika sebelum nie, solat lompong-lompong cuba penuhkan. Jika selalu solat lewat waktu cuba jaga masa.

Jika sebelum nie tangan berat nak bantu mak ayah, jadi ringannya.

Jika hati ini selalu sepi, selalu riuhkan hati dengan zikir. Ya Latif, Ya Latif.

Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin

“ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim”.

Catat Ulasan

0 Ulasan