Penaklukan baitulmaqdis ini adakah tanda-tanda kiamat ? | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Sabtu, 9 Disember 2017

Penaklukan baitulmaqdis ini adakah tanda-tanda kiamat ?




Assalamualaikum

Satu dunia terkejut dengan pengumuman yang telah di lakukan oleh Presiden Amerika mengisytiharkan bahawa Baitulmaqdis menjadi ibu negara israel.

Pengumuman ini sekaligus mengisytiharkan bahawa Baitulmaqdis, iaitu tempat suci umat Islam yang ketiga, adalah ibu negara kepada negara haram Israel, juga sekaligus menafikan hak rakyat Palestin di tanah airnya yang berdaulat, juga hak dan maruah umat Islam seluruhnya.


Allahurabbi, penaklukan baitulmaqdis ini adakah tanda-tanda kiamat ? 


Di antara tanda-tanda Kiamat adalah
Penaklukan Baitul Maqdis. Dijelaskan dalam hadits ‘Auf bin Malik Radhiyallahu anhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
اعْدُدْ سِتًّا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ... (فَذَكَرَ مِنْهَـا:) فَتْحُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ.
‘Ingatlah (wahai ‘Auf) ada enam (tanda) sebelum datangnya hari Kiamat....’” (Lalu beliau menyebutkan salah satunya), “Penaklukan Baitul Maqdis.”(HR Bukhari)
Kembalinya kaum Yahudi ke Palestin sebagai tanda bahwa kiamat telah dekat, kerana setelah mereka kembali, tidak lama setelah mereka berkuasa di Palestin kaum muslimin akan memerangi mereka dan baitul Maqdis ditaklukkan kembali oleh kaum muslimin.

Segalanya ketentuan ALLAH

KENAPA KITA SIBUK PERTAHANKAN BAITUL MAQDIS?

Kita sudah sedia maklum, bahawa Baitulmaqdis adalah tempat sakral atau suci ketiga umat Islam, selepas Makkah dan Madinah. Di situ jugalah tempat Rasulullah sallahu alayhi wasallam melalui proses isra' dan mikraj, di situ juga baginda menjadi Imam kepada para Nabi pada malam tersebut, dan di situ juga banyak fadhilat solat di masjid al Quds.

Di situ juga merupakan kiblat pertama umat Islam dalam sejarah solat.

Rakyat Palestin berjuang segenap hidup mereka tanpa ada rasa takut.
Adakah kita hanya ambil penduli dengan berkata kesiannya mereka ? 
Adakah kita hanya sibuk dengan cerita soal artis ? 

Bantulah mereka dengan cara berdoa  dan menderma. 

Kekuatan kita adalah doa kerana itu adalah senjata umat islam. 




Salah satu cara lain ialah menderma melalui Aman Palestin 

Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan kebajikan, hak kemanusiaan rakyat Palestin.
Sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin.
Ayuh kita bersama-sama bersatu dalam menghulurkan sumbangan kepada rakyat Palestin yang kini berjuang untuk membebaskan Palestin daripda cengkaman israel zionis.
Ayuh bantu mereka yang memerlukan;
Sumbangan Tuan/Puan boleh disalurkan ke akaun atas nama Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

Atau hubungi kami di talian;
03-89267019 - Pejabat 
018-2903013 - Cik Nabilah

Share This!


2 ulasan:

qaseh dalia berkata...

Hurm takut .. banyak dah petanda2 da keluar

Norliza Nordin berkata...

semoga baik2 aje

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails