Pengikut

Selasa, 5 Disember 2017

Redhamu Redha Allah, Murkamu Murka Allah




Assalamualaikum

Aku baru sahaja balik melawat di rumah orang tua. Ya Allah air mata ini tiada hentinya mengalir. Mendengar cerita-cerita mereka buat aku tertanya, sanggup mereka buang mak dan ayah mereka sendiri.

Tapi kasih seorang ayah dan ibu, buruk mana kelakuan anak mereka. Mereka tetap ingat dan sayang mereka. Jika di tanya satu-satu mereka mampu mengingati nama anak-anak mereka.

Sebab kaya kita lupa diri ? Nazubillah. Jangan ya Allah jadikan aku kufur nikmat.

Dalam kau megah dengan kejayaan kau, megah dengan melimpahnya harta yang kau milik.

Rupanya selama ini masih ada hutang yang belum kau lunaskan. Terutama pada ibumu.

Apakah hutang tersebut ?

Hutang nyawa dan hutang selama ini pernah tinggal di dalam perut ibumu selama 9 bulan 10 hari.

Bertarung nyawa demi kau insan yang dia sayang. Penuh kerah, jerah dan payah memastikan kau dapat melihat dunia ini.

Memastikan keperluan kau cukup dan selalu ada jika di bandingkan dengan orang lain. Bila kau sakit, siapakah orang yang paling risau ?

tentu mereka.

Kalau terima kegagalan siapakah orang yang paling tak keruan bersama-sama kau menangis. Siapa yang tanpa henti beri kau semangat ?

tentu mereka.

Ketika orang lain gelarkan kekurangan fizikalmu,"kau gemuk! hitam ! dan sebagainya".

Siapa insan yang setiap hari masih memujimu kau seorang handsome, cantik dan comel. Di mata dia kau sempurna.

Tiba masa kau berjaya, di kurniakan rezeki melimpah. Tanpa memikirkannya kau buang dia jauh-jauh.Kau tinggalkan dia, beralaskan bumi beratapkan awan.

Ingat bumi ini berputar,kau juga bakal tua. Moga anak-anakmu tidak lakukan pekara sama.

Hormatilah mereka, kasihlah mereka yang bergelar ibu dan ayahmu. 

Ingat masih ada hutang yang perlu di bayar.




Share This!


1 ulasan:

Fatin Shahrizam berkata...

Sesungguhnya, reda Allah terletak pada reda kdua ibu bapa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails