Biar Kita Kehilangan Sesuatu Kerana Allah, Jangan Kita Kehilangan Allah Kerana Sesuatu | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Khamis, 19 Julai 2018

Biar Kita Kehilangan Sesuatu Kerana Allah, Jangan Kita Kehilangan Allah Kerana Sesuatu




bila kita sayang dekat seseorang,
kenapa dia sanggup buat macam-macam dekat kita?
kenapa dia tak hargai kasih-sayang kita pada dia?
kenapa dia perlu lukakan hati orang yang menyayangi dirinya?
kenapa dia tak bersyukur atas kasih-sayang yang diterima?
kenapa dia buat orang yang menyayanginya rasa susah hati?
kenapa dia curang ??

Itulah mainan perasaan yang sering diluahkan dan menjadi persoalan kepada diri kita.

Ehemm.. Cinta itu tak semestinya memiliki.Ayat yang dah macam penawar bagi insan insan yang kecundang di arena percintaan. Ayat yang mampu menampal balik kepingan-kepingan hati yang berkecai. .. Betul tak? 

Memang pahit untuk terima semua ini tapi kena terima juga dengan hati yang redha. Sebab dalam hidup ini kita tak banyak pilihan apatah lagi soal perasaan.Memang susah nak lupakan semua ini dan perlukan waktu untuk itu semua.


Kalau kita betul sayangkan seseorang , kita akan sentiasa doakan dia bahagia walaupun bukan bersama kita. Kebahgiaan dia adalah kebahgian kita juga.Biar kita kehilangan SESUATU kerana Allah, Jangan kita KEHILANGAN Allah kerana sesuatu.

Kita memang tak dapat memiliki insan tersebut, tapi kita dapat memiliki kenangan . Kenangan kenangan yang pernah buatkan kita rasa bahagia, buatkan kita bersemangat, buatkan kita menanti dan bermacam macam kenangan lagi. Kenangan yang ALLAH hadirkan sebagai asbab untuk kita menjadi insan yang lebih baik. Untuk kita muhasabah diri dan dekat padaNya.

Walaupun percintaan kita kecundang di tengah jalan, kita masih memiliki sesuatu.

Apakah dia ?

Kekuatan untuk terus yakini hidup bahawa setiap ada yang terjadi itu ada hikmah dari Allah. Dari perasaan yang kita rasa, kita belajar untuk mengubati sakit tersebut dengan redha. Allah nak didik hati kita, adakah rasa cinta itu sama rasa cinta kepada pencipta kita ? Apa pon kita kena musahabah diri kita juga, kadang kala perpisahan itu bukan hanya ada dari pihak ke tiga.. atau kepada dia tapi kadang kala ada juga kesalahan dari diri kita.

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama  cungkil  hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. 

Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. 


Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan orang tersayang, kecewa cinta dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. 
  
kita ditimpakan kesempitan hidup, kecewa dengan cinta, putus tunang dan macam-macam lagi. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya.


Share This!


1 ulasan:

Mohamad Khairil berkata...

perkongsian yg sngt menarik :)
Segala yg berlaku pasti ada hikmahnya :)


Aerill Hassan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails