Antara 7 sebab kenapa Allah hantarkan kita rasa dilukai dan disakiti. | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Jumaat, 16 November 2018

Antara 7 sebab kenapa Allah hantarkan kita rasa dilukai dan disakiti.



Assalamualaikum

Sebutlah 1000 permintaan mungkin permintaan kamu 1 akan dikabulkan. Tetapi takkan kamu terus berputus asa ? Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dia kirimkan apa yang kita perlukan dengan pelbagai cara.

Teringat cerita seorang sahabat yang baru beberapa hari jumpa dia.

“Acik ingat aku ? sapaan dia kepada aku.”

Lah kenapa tak ingat, mestilah ingat. Allahuakbar sahabatku. Balas aku.

Acik , aku masih terkesan dengan kata-kata kau, yang kau cakap masa dulu. Aku simpan rapi-rapi ayat itu. Walau sejauh mana kita lari, walau semarah mana kita dengan takdir kita. Jangan pernah tinggalkan solat. Solat itu adalah penghubung kita dengan Allah.

Allhuakbar, segala puji bagi Allah. Aku hanya sampaikan pesan sebagai seorang sahabat kau, balasku.

Kau tahu, aku pernah marah pada takdir aku. Aku pernah marah dengan Allah.
Kenapa aku di uji sehebat ini, dapat kerja berkali-kali berhenti. Buka business semua tak menjadi.
Tunang putus, segalanya tak menjadi.

Aku sangat kecewa saat itu, tapi setiap kali aku teringat cerita yang kau ceritakan pada aku. Aku jadi berfikir, ada insan lain Allah uji dengan lebih hebat. Mungkin ujian aku sedikit tapi nikmat lain Allah berikan. Aku masih ada mak ayah, aku masih sehat dan sekarang dapar kerja baru. Alhamdulilah.Balasnya lagi.

Aku hanya mampu tersenuum dengan kata-kata sahabat aku.

Banyak sebab dan alasan yang ingin sebab untuk Allah hantarkan kasih sayangnya pada kita. Salah satunya melalui perasaan tersakiti.

Antara 7 sebab  kenapa Allah hantarkan kita rasa dilukai dan di sakiti.


1. Dia tahu kita kuat



Kita selalu kata kalau ada ujian, sabarlah kau kena terima dengan hati yang terbuka. Sabar! tapi halikatnya pada saat terkena pada kau. Kau marah, memberontak. Padahal Allah nak hati kita kuat, yakini Allah yang satu.


2. Dia rindukan kita


Saat bahagia, siapa yang kau cari ?



Kesibukkan seharian kita, lama kita tak bermunajat kepadanya. Lama kita tak berkongsi cerita dengan Allah. Lama kita tak menangis merintih mengadu dengan Allah. Allah rindukan kita.



3. Kita terlalu leka dengan dunia



Duit memang segalanya zaman sekarang, semua pekara perlukan duit. Tapi kerana keterujaan itu sehingga kita terleka. Terleka keasyikan dunia, hilang sudah bibir di basahi zikir, hilang sudah memuji nama junjungan besar Nabi Muhammad saw. Lupa untuk berdoa, takut untuk bersedekah dan sebagainya.



4. Nak hapuskan dosa kita



Ianya salah satu cara terbaik untuk Allah hapuskan dosa kita, andai di hitung bagaikan buih di lautan. Sama-sama kita muhasabah diri.



5. Jadikan kita hamba yang bersyukur



Setiap permasalah yang kita hadapi, di lukai, tersakiti. Allah hadirkan ujian tersebut, bertemu dengan orang yang salah. Putus tunang, masalah di hadirkan. Tetapi Allah jugalah yang bantu menyelesaikannya. Mengajar kita untuk bersyukur setiap nikmatnya.



6. Ingatkan kita pada kematian

Saat kita sedih adalah saat paling kita dekat untuk muhasaha diri.



Mati itu pasti, Allah nak ingatkan kita tentang kematian itu hampir. Kita harus sentiasa muhasabah diri.



7. Nak tunjuk siapa setia disisi waktu kita di sakiti



Saat kau terluka, siapa ada untukmu ?

Siapa yang masih setia bersamamu ?


Tanyalah pada dirimu wahai sahabat.

Share This!


2 ulasan:

paridah berkata...

BERPEGANG KA DGN TALI ALAH

anak denesor berkata...

deep..suka sgt dengan post ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails