Buat Istikharah, kalau banyak halangan datang, mungkin orang lain jodoh kita | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Ahad, 17 Februari 2019

Buat Istikharah, kalau banyak halangan datang, mungkin orang lain jodoh kita


Hati sifatnya selalu degil,
Degil dengan kemahuaannya,
Berkeras, memaksa keadaan sehingga dia sendiri mampu merana.
Berpaksi kepada nyata,
Bahawa segala ketentuan Allah itu terbaik untuk kita.
Jodoh itu rahsia Allah.

(iklan) Nak cari jodoh jom daftar di sini --> cari jodoh

Bila bicara soal hati, sifatnya berbolak balik. Cepat merasa sayang, cepat rasa suka, sehingga melakukan apa jua yang dia rasa betul. Pertahankan cinta, sanggup hilang keluarga, sanggup hilang harga diri, sanggup hilang Allah kerana cinta.


https://bukulali.onpay.my/order/form/tsspl/Akupenghibur

Mak selalu kata cinta itu memang pilihan kita tapi jika cinta itu tidak mendapat restu keluarga dan restu  di dari Allah maka susahlah hidup kita. Tapi orang kita sanggup untuk melawan takdir untuk buktikan cinta yang agung.

Hakikatnya jangan melawan takdir Allah. Andai dia jodoh kita, pasti akan bersama dan andai bukan akan dipisahkan dengan sehalus cara.

Apa yang selalu acik buat jika mahu kenal dengan seseorang itu aku buat istikarah. Istikarah untuk memohon petunjuk Allah. 

Kadang Allah hadirkan keyakinan hati untuk kita terus kenal dia atau tidak dan pernah itu tanpa sebab apa kita dijarakkan.

Bila rasa kita belum ada ikatan yang sah, tiba-tiba rasa banyak halangan. Bila dengan dia kita sering rasa serabut, ada je pekara tak kena. 

Cubalah semak dulu, apa pekara yang tak betul. Rasa terlalu banyak sebab untuk kita tidak bersama dia.

Muasabah diri,
Mungkin orang lain jodoh kita.

Dan aku pernah lalui, kami merancang berkahwin, tetapi dia kawin dengan orang lain.

Terbaru minta hantara 20 ribu, terpisah kerana wang ringgit. Pelbagai cara tanpa kita sedari.

Acik lebih mengikuti saranan mak kerana Ingat dalam dunia ini ada 2 pekara penting berkaitan dengan doa ibu bapa kita. Pertama ibu bapa pastikan akan mendoakan yang baik-baik untuk kita dan doanya di makbulkan Allah, Kedua jika kita buat hati mereka terguris dan mereka medoakan kecelakaan hidup kita maka hidup kita tak akan aman .. Acik pegang pada itu ,jangan kerana cinta kita sanggup buang mereka. 

Share This!


3 ulasan:

AzlindaAlin Bicara Mummy berkata...

Setuju dgn mak achik. Akk pn sdg di uji dalam dunia kareer. Mungkin Allah mahukan akk lbh dekat dgnnya. Insya-allah

Musafir lalu berkata...

Setuju, aku pun baru mengalaminya.. Jika kita terlalu sygkan sesorg, kitaxdpt menilai dgn baik, skrg ni aku tgh muhasabah diri. Dan redha dgn ketentuan

Hamba Allah berkata...

Sy hanya tinggal lagi 2bulan utk kearah pernikahan,tp ibu bapa dah banyak kali tegur perkara ttg nya,sering membuat keaalahan yg serupa,adakah ini petunjuk ataupun dugaan...aku tgah muhasabah diri setelah aku redha aku pilih restu dr ibu bapa drpada teruskan dengan nya...sakit tu Allah sahaja tahu...moga aku twrus muhasabah diri selalu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails