Belajarlah Menerima ketidaksempurnaan seseorang Itu untuk menyempurnakan hidup kita. | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Isnin, 29 April 2019

Belajarlah Menerima ketidaksempurnaan seseorang Itu untuk menyempurnakan hidup kita.

 
 
 
Aku tahu susah menerima seseorang yang baru di kenali dalam hidup kita. Patah tumbuh hilang tak berganti. Minda ini bukan mudah lupakan seseorang yang pernah bertahta di hati.

Hati ini masih belum lagi pulih luka yang lama. Sukar hanya pernah merasai akan ketahui.

Umur semakin meningkat, putus cinta berkali-kali kesian kat hati segalanya dia tanggung. Bila kita sukakan seseorang itu orang itu pula tiada perasaan dengan kita. Bila kita sedang kecewa banyak pula yang menduga.

Tetapi tidak patut di salahkan takdir sedangkan Allah tahu yang terbaik untuk kita. Hanya kita terlalu terburu-buru , hanya kita yang memberontak untuk dapatkan orang kita ingini sedangkan Allah ada perancangan terbaik untuk kita.

Kadang kala kita perlu buka ruang dan peluang orang lain untuk masuk dalam hidup kita. Tak semestinya dia mesti kacak/cantik kaya raya dan Mrs/Mr Perfect tapi cukuplah seadanya dan sederhana perwatakannya. Kata orang sedap mata memandang.Belajarlah menerima ketidaksempurnaan seseorang itu.

Paling utama pilihlah kerana agamanya kerana bila dia tahu tentang agamanya inshaAllah yang lain juga terjaga. 

Bilamana seseorang itu meletakkan Allah segalanya. InshaAllah cinta itu akan di pelihara. Belajarlah menerima seseorang itu seadanya, boleh jadi dialah jodoh kita yang telah di tetapkan oleh Allah.

Muka mata luas-luas kadang dia ada sekeliling kamu ,selalu bagi semangat kepada kamu. Cuma kadang kita tak sedar. 

Paling penting selalu berdoa.

Angkatlah kedua tanganmu 

Ya Allah, temuikan aku dengan seseorang yang mampu menerima aku & keluargaku seadanya serta menjadi pelengkap kepada kepada kekuranganku dan kuatkan cinta kami hanya keranamu ya Allah.
 
Cantik dan handsome itu relatif, Kesempurnaan fisik tidak menjadi jaminan seorang perempuan  atau lelaki terlihat cantik dan handsome. Keperibadian justeru membuat seseorang lebih menarik. Kecantikan fisik boleh memudar, tetapi keperibadian akan bertahan. Jika kita ingin sempurna, belajarlah menerima ketidaksempurnaan kita kerana cantik itu tidak sempurna, yang menyempurnakan kecantikan adalah mata yang memancarkan keindahan dan ketulusan hati.

Share This!


2 ulasan:

Nurulatika Yunus berkata...

Semoga d'permudahkan semuanya..

kakitravelkhairuddin.blogspot.com berkata...

semoga terus berjaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails