Ticker

6/recent/ticker-posts

5 Perkara Tentang Mak Yang Tiada Siapa Pernah Beritahu


Insan yang bergelar mak dan ibu itu insan yang sangat istimewa.

Sifat penyayangnya itu mengalahkan sifat makluk yang ada di dunia ini. Allahurabbi, sangat bersyukur kepada mereka yang ada mak. Satu anugerah yang terindah, sejahat manapun kita mak tetap sayang kita, terima kita. 

Kamu sebut apa aja nak makan, pasti dia cuba usahakan. 

Begitu excited kalau kamu sebut nak balik, dialah orang paling sibuk mengemas rumah, memasak dan menanti penuh dengan sabar.

Tetapi kini usianya kian menua, kudratnya juga tidak segagah dulu.

Senyumannya dia tetap menawan tetapi ada beberapa pekara yang kita tak tahu. 

Pertama : Setiap kali telefon pasti jawapan dia " Mak Okey"

Mak sering kata dia okey, padahal kalau kamu tinggal bersama dia. Kamu pasti bakal tahu bagaimana keadaan dia. Kadang sering sakit dia tetap tak nak kamu risau. Dia tetap cakap dia sehat, aku okey jangan risau.

Kedua : Mak sering menunggu anak-anak dia telefon

Ayat mak, " lama tak telefon buzy sangat ke ? "

Mak kalau boleh nak tahu bagaimana keadaan kita, perkembangan kita. Tapi kadang waktu dia telefon kita sibuk.

"Mak nantilah , orang tengah sibuk nie, nanti orang telefon mak" 

Mak menunggu penuh setia, kita sibuk dengan kerja sampai terlupa. 

Kalau ada masa luangkan masa seminggu sekali telefon mak pun dah cukup. Tahu kamu sibuk tapi jangan lupakan mak.

Ketiga :Sering tiada selera makan.

Kalau kamu tahu, bila usia mereka sudah berumur ini, selera mereka akan kurang. 

Kamu kena double triple sabar.

Mereka akan lebih selektif untuk makan. Kadang ini tak nak itu tak nak. Kadang makan tak habis, kadang memilih makanan. 

Ikutlah kemahuan dia, biar dia ada selera makan.

Keempat : Dia tak sabar tunggu cucu dia balik

Mak akan sering tengok kalender, waktu cuti.

Bila anak-anak dia nak balik , tak sabar dia nak tunggu cucu dia nak balik. Jangan terasa suatu ketika kamu kurang diperhatian kerana perhatian pada cucu mereka. 

Kelima : Usia tuanya ini mereka lebih suka jalan-jalan

Aku tinggal sama mak, aku faham kadang dia bosan.
Kadang dia pergi sana, sinilah.
Kadang dia rasa nak jalan untuk tenangkan diri. 
 Ajaklah dia jalan-jalan tak semestinya jauh tempat dekat-dekat pun pasti dia suka. 

Belanja dia makan,

Kamu satu kekuatan kita berjaya di dunia ini adalah doa dari ibu. Kekuatan doa itu sangat dasyat. 

Jangan remehkan doa seorang ibu..
Kita boleh berjaya dengan doa ibu walaupun kita tidak pintar..
Kita boleh kaya dengan doa ibu walaupun kita asalnya miskin..
Kita boleh mendapat kebaikan yang sangat banyak dengan doa seorang ibu..
Sebaliknya kita juga boleh musnah dengan hanya satu doa dari insan bergelar ibu..

Selalulah pinta dari ibu kita untuk mendoakan kebaikan buat kita setiap ketika..
Hidup kita pasti akan bahagia dengan doanya..

Mungkin sebagian orang masih tidak sedar bahawa kemungkinan kejayaan-kejayaannya selama ini adalah hasil dari doa seorang ibu kepada Allah tanpa ia ketahui. Dan seorang ibu itu tanpa disuruh pasti akan selalu mendoakan anaknya di tiap nafasnya kala bermunajat kepada Allah. Tapi seorang anak belum tentu selalu berdoa untuk orang tuanya.

Barangkali juga kita suka mengeluh tentang sifat buruk orang tua, entah kerana mak nya cerewet, suka ikut campur, suka suruh-suruh dan sebagainya. Jika seperti ini kita rasa itu adalah hal terburuk. Kenapa hal terburuk? Kerana terlalu fokus dengan secubit kekurangan orang tua dan melupakan segudang kebaikan yang telah diberikan kepada kita selama ini.

Di luar sana mungkin ada orang-orang di pinggir jalanan, di bawah jambatan dan di tempat lainnya mereka juga suka mengeluh, tapi yang mereka keluhkan ialah bukan kerana sifat orang tua atau ibu mereka, tapi mereka mengeluh kerana mereka tidak punya lagi orang tua.

Ibu usianya meningkat, 
Maka perangainya juga akan berbeza, ada sifat keanak-anakan.
Sabarlah jangan marah-marah,
Dulu dia boleh sabar dengan sikap kita,
Kenapa kita tak boleh ? 

 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan