Siapa pernah mengalami Micro Sleep? | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Isnin, 20 Mei 2019

Siapa pernah mengalami Micro Sleep?


Siapa pernah mengalami Micro Sleep?

Micro sleep adalah keadaan di mana kita akan tertidur untuk beberapa saat hingga 30 saat tanpa kita sedari. Micro sleep ini terjadi terutamanya sewaktu memandu dan ianya sangat membahayakan diri dan keluarga yang bersama-sama kita. Ketika memandu kita paksa diri kita dan ingatkan kita masih sedar sedangkan rupanya kita dah terlelap beberapa saat! 

Aku sendiri pernah alami, lagi-lagi ketika jalan jauh. Pernah itu pertama bawa kereta sendiri dengan mak ke Kelantan. Terlelap sekejap sedar-sedar dah masuk jalan orang. Untung masa itu jalan kampung dan tiada kenderaan. Kalau tidak wahualam naseb aku bagaimana saat itu.

https://bukulali.onpay.my/order/form/tsspl/Akupenghibur

Micro sleep ini juga terjadi pada waktu tertentu sewaktu awal pagi dan waktu tengah hari di mana badan kita memerlukan tidur pada waktu itu. 

Simptom-simptom micro sleep
• Tersengguk-sengguk
• Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu
• Mata terkebil-kebil 
• Merenung dalam ke arah sesuatu yang kosong
• Tak boleh nak fokus

Faktor berlakunya micro sleep
Paling utama berlakunya micro sleep adalah tidur. Kurang tidur, jadual tidur yang tak menentu, tidur yang tak cukup dan sebagainya. 

Ingat orang yang kita sayang. Sebab itu mak kalau aku bawa kereta dia akan teman aku berborak dan memang marah kalau aku dah ngantuj bawa kereta.

Memang akan berhenti tepi jalan.

Pernah juga kejadian orang masuk laluan aku, dari jauh aku dah nampak kereta itu seolah cenderung ke line aku. Cepat-cepat aku hon.Dia tersedar dan mengelabah, cepat-cepat di break. Nasiblah tak jadi apa-apa. Aku memang dah stand by tekan break. 

Jadi kalau rasa kamu perlu memandu jauh pastikan kamu dapatkan tidur yang cukup. Jika mengantuk berhenti rehat sebentar dilokasi yang selamat atau minum kopi panas di kawasan rehat dan rawat sepanjang perjalanan.

Jangan pentingkan diri..Korang ada pengalaman ? boleh kongsikan cerita di kotak komen di bawah.

Share This!


1 ulasan:

Kak Sue berkata...

Kak Sue belum pernah lalui dan harap tak lalui lah. Kalau nak berjalan jauh memang akan bagi Abang Man tidur secukupnya.. kalau Kak Sue yang memandu pun selalunya yang dekat-dekat aja.. jauh jarang Kak Sue memandu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails