Kamu Sangat Beruntung Kerana Menjadi Perempuan Yang Kurang Rupa Parasnya | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Isnin, 4 November 2019

Kamu Sangat Beruntung Kerana Menjadi Perempuan Yang Kurang Rupa Parasnya





Assalamualaikum 

Alhamdulilah Allah permudahkan urusan hari ini walaupun agak serabut tapi tetap berjalan dengan lancar. Semasa duduk di tadi ada seorang datang jumpa dengan acik. Dia tanya acik :" Acik perempuan yang bagaimana yang acik sukakan ? Jawab acik perempuan yang sedap mata memandang pada mata acik. 

Ermm lelaki memang suka perempuan yang cantik sahaja eh ? kalau tak cantik mesti di ketepikan ,sambungnya lagi.

(iklan) Nak cari jodoh jom daftar di sini --> cari jodoh

Cantik itu juga merupakan ujian dari Allah untuk manusianya sama ada dari segi rupa paras mahupun bentuk fizikal. Dan hari ini acik bagitahu kepada kamu semua kelebihan menjadi perempuan yang tidak cantik.

Pertama : Tidak menjadi tumpuan orang 

Mungkin kalau kamu lihat perempuan yang cantik sentiasa menjadi perhatian oleh lelaki-lelaki mata keranjang mahupun golongan VIP mungkin hidup mereka akan gelisah dan tak tenteram di gangu mereka. Kamu pula tidak dan kenapa kamu bersedih ? bukankah seharusnya kamu perlu bersyukur kerana kamu tidak di gangu, ,selain itu ianya adalah cara Allah untuk meringankan tugas menjaga dirimu. Dan tentunya kamu dapat hidup aman dan damai

 Kedua :Kurangnya penyakit Hati

Pada kamu wajah yang cantik atau hati yang cantik kamu mahukan ? Dengan wajah yang Allah kurniakan pada kamu itu sepatutnya buatkan kamu lebih bersyukur, tidak riak, ujub dan tidak bangga dengan kecantikan kamu ada itu. Dan itu adalah cara untuk Allah kurangkan penyakit hati kita agar sentiasa bersyukur dengan nikmatnya. 

Ketiga : Menjadi kesukaan lelaki 

Mungkin kamu semua tak sedar, kebanyakan lelaki tak suka perempuan yang cantik sebenarnya " susah nak jaga" katanya. Mereka lebih suka pada perempuan yang bersederhana dan sedap mata memandang dan akhlak yang baik. Perempuan yang tidak cantik ini tentunya pandai menghargai apa yang dia ada, penyayang dan bertanggungjawab. Jadi jangan risau ye.

Keempat : Kamu selamat dari lelaki-lelaki yang tidak beriman

Ketahuilah orang yang hadir mendekati kamu dan menerima kamu insyaAllah semuanya akan baik-baik kerana dia dapat menerima kamu seadanya. Kamu bertuah kerana terhindar dari lelaki yang buruk akhlaknya dan lelaki yang tidak menjaga pandangan.     

Kelima : Kamu tidak menjadi mangsa syaitan

Kamu harusnya bersyukur kerana syaitan tidak memperalatkan kamu sebagai senjata untuk meruntuhkan nafsu lelaki. Kamu tidak di jadikan tempat menjadi uji kaji oleh syaitan. Jadi renungankan.

Keenam :Yang penting cukup sifat sebagai manusia.

Mungkin kamu rasa sedih dan gundah kerana kamu tidak cantik seperti mereka. Ada apa dengan kecantikan jika hatinya tidak cantik ? Pernahkan kamu lihat orang yang berada di bawah kesusahkan daripada kamu ? tengok orang yang kurang upaya dan cacat , mereka lagilah . Kamu yang cukup sifat tak bersyukur ? jadi malulah dengan mereka.

Jangan ambil hati dengan pandangan manusia, lumrah manusia yang suka pada kecantikan tapi Allah tidak pernah memandang pada kecantikan rupa paras kita. Allah anggap kita adalah sama dan Allah tak pernah membezakan kita walaupun sedikit. Utamakan pandangan Allah dan jagalah hati kita, biar kita tak cantik pada rupa paras tapi kita cantik dalaman kita. 

Apapun keadaan cantik itu adalah subjektif , setiap orang pandangannya berbeza-beza. 

Share This!


2 ulasan:

cikguzim berkata...

Yg penting akhlak baik..

hasliynda umairah beauty berkata...

biar tidak cantik rupa paras
tapi cantik jiwa dan raga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails