Ticker

6/recent/ticker-posts

Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia



Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan selama dua minggu di seluruh negara mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020.

Beliau menjelaskan, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Perintah larangan meliputi:

1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit, kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Khusus untuk umat Islam,
penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa

Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.
Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self
quarantine) selama 14 hari;

3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh,sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan

6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air,
elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran,

kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan,
pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

dan dalam keadaan sekarang ini sangat penting bagi socia

Apa yang dimaksudkan dengan Social distancing?

Social distancing ialah satu amalan menjarakkan diri antara individu untuk mengurangkan penularan jangkitan atau wabak.

Sebagai contoh, menutup bangunan dan membatalkan majlis atau upacara.

Social distancing: What does it mean?

Social distancing is a practise reducing close contact between people to slow the spread of infections or deseases.

e.g limiting large groups of people coming together, closing buildings and canceling events.

Catat Ulasan

0 Ulasan