Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Mudah "Refund" Atau Ubah Tiket Penerbangan Air Asia Kerana COVID19




Assalamualaikum

Seharusnya pada 24 Mac ini acik bakal ke Jogjakarta untuk bercuti bersama-sama kawan-kawan untuk backpacker. Semua sudah disiapkan tinggal pergi sahaja. Jika diikutkan sifat pentingkan diri acik teruskan sahaja tetapi demi utamakan keselamatan orang disekeliling dan diri sendiri acik cuba untuk tanggahkan perjalanan dan setelah mendapat berita perintah kawalan pergerakkan dari kerajaan. 

Mulai memang bingung , macam mana nak contact air asia ? 

Tiada nombor telefon, email tak berjawab, twitter pun tak berjawab.

Hanya yang sudi melayan ada Ava.

Sumpah memang hilang sabar dengan Ava kerana dia tak dapat menjawab persoalan kita dengan kerisauan kita. Namanya juga auto jawapan yang telah diprogramkan. 

Mulanya acik cuba secara manual di big members Air Asia tetapi ada caj tambahan untuk pertukaran ke destinasi lain. Sebanyak RM 240 dan acik rasakan tidak berbaloi.

Alhamdulilahnya akhirnya Air Asia berikan solusi yang terbaik untuk memudahkan mereka yang tidak dapat meneruskan perjalanan sama ada refund atau tukar tarikh perjalanan. 

Acik sertakan step by step untuk penukaran tarikh penerbangan. 

Pertama sekali pergi ke laman web rasmi air asia,akan kelihatan di penjuru kanan akan ada simbol chat with ava.



Okey jom kita mulakan perbualan bersama Ava yang menyakitkan hati, akan keluar paparan seperti di atas dan pilih



Okey seterusnya akan keluar di paparan di atas dan pilih "Nationals Restricted to travel"





Akan muncul Move Flight atau Credit account.Pilihan di mana ada mahu refund atau pindah tarikh baru ? 

Kalau macam acik pindah tarikh baru kerana sayang kalau refund paling tinggi hanya dapat 70 % pulang duit kita. 




Seterusnya pilih YES.





Selepas itu masukkan nombor booking kamu. Untuk dapatkan nombor booking dapatkan di itinerary di email mahupun buka di akaun air asia anda. Next ? 


Seterusnya masukkan nama kamu. 


Masukkan tarikh lahir kamu.



Masukkan email kamu dan seterusnya ikut sahaja langkah yang diberikan. akan ada pilihan Taip “N” jika ubahkan salah satu penerbangan dan taip “Y” jika mahu ubah semua penerbangan .


Dan langkah seterusnya , pilih tarikh dan masa yang baru dan mengikut kesesuaian kamu. InshaAllah dipermudahkan.

Dan akhir sekali dia akan hantarkan itinerary baru di email.Tapi serius memang susah nak communicate harus cuba banyak kali dan tengah malam. InshaALLAH boleh 

Date sebelum 

  Date Baru 


Bagaimana pula untuk refund ? 
Mudah sahaja cara untuk minta refund.
  1. Layari laman sesawang AirAsia di sini dan klik “chat with AVA”.
  2. Klik Refund > Airasia New Refund Request > Flight Cancelation Refund > Klik Yes.
  3. Isikan semua maklumat yang diminta seperti nombor booking, nama keluarga, nama pelanggan, tarikh lahir dan emel yang digunakan semasa tempah tiket.
  4. Taip “N” jika batalkan salah satu penerbangan dan taip “Y” jika batalkan semua penerbangan (nombor tempahan itu sahaja).
  5. Pilih nama pelanggan yang nak “refund’ tiket (jika semua pelanggan, masukkan semua ikut format yang diminta).
  6. Taipkan satu subjek berkenaan kes tersebut.
  7. Pilih “refund” pilihan anda sama ada menerusi credit account (Air Asia Big members) atau dimasukkan ke dalam akaun bank di mana anda buat bayaran terdahulu.
  8. Akhir sekali, anda akan menerima Number Case oleh AVA. Email anda juga akan menerima Number Case.
Selesai semua langkah ini, status refund anda kini adalah “dalam proses”.
Kebiasaannya proses tuntutan akan ambil masa dalam 30 hari tetapi ada juga dalam tempoh lebih kurang seminggu wang akan dimasukkan ke akaun sama ada akaun BigPay atau akaun bank.
Untuk semak status tuntuan anda, boleh chat with AVA, “Check Refund Status” dan masukkan Number Case anda.


Catat Ulasan

0 Ulasan