Isnin, 23 Mac 2020

Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank 6 Bulan (COVID-19)



COVID19 di Malaysia semakin membimbangkan di mana terdapat peningkatan kes dari semasa ke semasa. Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan adalah langkah tepat bagi membendung  bagi membendung penularan wabak Covid-19,Pastinya ada yang terkesan kerana tidak dapat meeruskan pekerjaan seharian kerana perintah yang telah di keluarkan dari 18 Mac- 31 Mac 2020.

Untuk makluman, terdapat 20 bank yang menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman selama 6 bulan akibat penularan wabak COVID-19.
Namun penangguhan ini tidak dilaksanakan secara automatik.
Peminjam perlu memohon secara manual melalui bank pinjaman anda.
Berikut dikongsikan apakah syarat kelayakan untuk menangguhkan pinjaman serta proses dan prosedur yang perlu diambil untuk memohon penangguhan tersebut.

PENGENALAN MORATORIUM

Penangguhan bayaran balik pinjaman bank atau lebih dikenali sebagai moratorium bertujuan meringankan beban peminjam yang terjejas akibat perintah kawalan pergerakan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.
Tiada sebarang caj, penalti atau denda dikenakan sepanjang proses moratorium.
Maksud mudahnya anda tidak perlu membayar ansuran bulanan kereta / rumah sepanjang tempoh 6 bulan.
Antara bank yang terlibat ialah:
  1. Bank Rakyat
  2. SME Bank
  3. CIMB Bank
  4. Maybank
  5. Bank Simpanan Nasional
  6. Public Bank / Public Islamic Bank
  7. Agro Bank
  8. Hong Leong Bank
  9. Bank Muamalat
  10. HSBC Amanah
  11. Affin Bank
  12. OCBC
  13. TEKUN
  14. AmBank
  15. Bank Pembangunan Malaysia Berhad
  16. Bank Islam
  17. MBSB Bank
  18. Alliance Bank
  19. Standard Chartered Saadiq
  20. RHB Bank
Antara produk yang dibenarkan penangguhan hanyalah:
  • Pembiayaan peribadi
  • Pinjaman rumah
  • Sewa beli kereta
  • Kad kredit
  • Pinjaman SME
  • Overdraft

DOKUMEN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BANK

Berikut antara dokumen diperlukan untuk membuat penangguhan bayaran balik pinjaman bank:
Individu:
  • Surat tunjuk sebab majikan (tiada bayaran / pengurangan OT / separuh gaji etc)
  • Slip gaji menunjukkan pengurangan (sebelum dan selepas COVID-19)
  • Penyata bank (sebelum dan selepas COVID-19)
Pemilik Perniagaan:
  • Penyata Bank (sebelum dan selepas COVID-19)
  • Pesanan yang telah dibatalkan
  • Jualan bulanan (sebelum dan selepas COVID-19)

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat di bank-bank pinjaman anda sama ada melalui kaunter atau telefon.
Segala maklumat nombor telefon ada di bawah:
BankNombor Telefon
CIMB / CIMB Islamic03-62047788
Maybank / Maybank Islamic1-300-88-6688
Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic03-76268899
Affin Bank / Affin Islamic03-82302222
AmBank03-21788888
Bank Islam03-26900900
Bank Simpanan Nasional (BSN)1300-88-1900
Agro Bank1-300-88-2476
Bank Muamalat1-300-88-8787
Bank Rakyat1-300-80-5454
HSBC Amanah1-300-88-2626
Public Bank1-800-22-5555
OCBC Al Amin Bank Berhad03-83149310
MBSB Bank03-20963000
RHB Bank / RHB Islamic03-9206 8118
Standard Chartered Saadiq1-300-88-8888
Alliance Bank03-55169988
Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB)03-26113888
SME Bank03-26037700
AIBIM03-20268002
Info lanjut anda boleh rujuk portal AIBIM di sini.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Coretkan sedikit pandangan