Rabu, 15 April 2020

Ya Allah Ya Tuhan Kami Jagakan Ustaz Ebit Lew Untuk Kami


Assalamualaikum 



Image may contain: one or more people, people sitting and close-up

Hampir masuk ke minggu ke empat Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Terima kasih kepada semua yang ikut saranan untuk kekal duduk di rumah dan pada yang masih degil mohon kerjasama untuk ikut arahan tersebut. Kita melawan wabak yang tidak kelihatan di mata kasar kita iaitu COVID 19. 

Ramai tidak dapat pergi ke kerja, ramai yang tidak dalam melaksanakan aktiviti seharian seperti dulu.

Sabar,

Sama-sama kita melawan wabak tersebut. 

Dalam kegusaran melanda tentang wabak ini , aku sangat tersentuh dengan apa yang dilakukan oleh seorang insan berhati mulia ini. Teringat pula kisah Saidina Umar yang turun melihat rakyatnya mendengar denyut nadi rakyatnya. 

Kita telah biasa membaca kisah Saidina Umar bin Al-Khattab r.a ketika menjadi khalifah (pemimpin negara) dengan seorang ibu miskin yang hanya memasak batu kerana anaknya kelaparan.Tetapi pernahkah kita (yang menjadi pemimpin) ambil pengajaran dari kisah tersebut?


Saidina Umar r.a seorang yang bekerja keras dan teliti kerana beliau seorang hamba Allah yang sejati.Seorang khalifah (pemimpin negara) mestilah mengambil berat tentang umat Islam di dalam negaranya, seperti seorang ayah yang mengambil berat tentang anak-anaknya.



Saidina Umar r.a. cuba sedaya upaya untuk berbuat demikian.Di waktu siang pula beliau biasanya bekerja di rumah.Di waktu malam pula beliau sering keluar melakukan rondaan ke bandar Madinah dan kawasan persekitaran untuk melakukan siasatan sendiri



Beliau ingin mengetahui keadaan sebenar rakyat jelata dibawah kerajaan pimpinannya serta membantu setiap orang yang memerlukan bantuan.Pada suatu malam, Umar r.a dan pembantunya Aslam telah keluar menyamar dan membuat rondaan ke suatu tempat bernama Harrah.

Tiba di satu tempat di sebuah rumah kecil yang usang di pinggir desa, Umar dan Aslam mendapati ada seorang wanita dan beberapa orang anak yang sedang menangis kelaparan.Kelihatan seorang ibu yang dikelilingi anak-anaknya sedang memasak sesuatu di dalam periuk....

Wanita itu kelihatan sangat sedih manakala anak-anaknya kelihatan sangat lapar.Sadina Umar r.a melihat terdapat sebuah periuk yang sedang menyala api di bawahnya.

Fikirnya tentu ada makanan di dalam periuk itu dan sudah tentu wanita itu akan menghidangkannya dan anak-anak itu akan berhenti menangis.Walau bagaimanapun, setiap kali anaknya menangis, si ibu akan berkata “Tunggulah sebentar,.... makanan ini sedang ibu masak...”

Saidina Umar memerhati dari jauh dan berasa hairan kerana ucapan tersebut diulangi beberapa kali...walaupun si ibu telah memasak untuk tempoh masa yang agak lama.....

Sadina Umar r.a. melihat dan menunggu sementara isi di dalam periuk itu terus mendidih tetapi wanita itu masih tidak memberikan anak-anaknya makan. Akhirnya beliau menjadi hairan. Wanita tersebut telah mengungkit-ungkit rasa tidak puas hati kepada Pemimpin Negara (Umar r.a) kerana tidak membantunya.

Saidina Umar memberanikan diri untuk menyiasat perkara tersebut,...Beliau memberi salam dan meminta izin untuk memasuki rumah itu....

Lalu dia bertanya kepada ibu tua itu, “ Mengapa anak-anak ibu tidak berhenti menangis ?..”

Dia memberitahu Saidina Umar r.a. yang mereka menangis kerana lapar.

“Mengapa tidak diberikan makanan yang ibu masak dari awal tadi ? ” ...Umar r.a. bertanya

'Tidakkah makanan dalam periuk itu sudah masak?' tanya Saidina Umar r.a.lagi

Wanita tersebut menerangkan bahawa dia tiada makanan untuk memberi makan pada anak-anaknya.Wanita itu menghampiri Saidina Umar r.a dan berbisik ke telinganya,

"Jangan beritahu mereka yang tidak ada makanan pun di dalam periuk itu, kerana saya tidak mempunyai wang untuk membelinya.

“Sebenarnya tidak ada makanan di dalam periuk itu....Periuk itu hanya berisi batu untuk mendiamkan anak-anak saya....tetapi anak-anak saya fikir tentu ada makanan di dalam periuk.Mereka sekarang kelaparan tetapi saya terus menunggu hingga mereka letih, mereka tentu akan tertidur.Kemudian mereka akan terlupa rasa lapar.Biarlah mereka fikir bahawa saya sedang memasak makanan...dan saya berharap supaya mereka akan berhenti menangis kerana keletihan dan tertidur....

ulangi ibu tua itu sekali lagi. Hanya dengan merebus batu dalam air dapat menenangkan anak-anaknya, dengan harapan agar nanti dapat makan apa yang dimasak oleh ibunya. Sehinggalah anak-anak itu tertidur.

Setelah anak-anaknya tidur, wanita itu menerangkan kepada Saidina Umar r.a yang suaminya baru sahaja meninggal dunia. Itulah sebabnya dia tidak mempunyai duit untuk membeli makanan.

Malangnya orang yang menguruskan Baitul Mal tidak tahu akan kesusahan yang ditanggung oleh wanita itu. Jika mereka tahu, tentunya mereka akan menolong.

“Apakah ibu sering berbuat begini ?” Tanya Umar ingin tahu.

“ Benar,... Saya hidup sebatang kara.... tidak memiliki saudara-mara dan suami tempat bergantung.” Jawab ibu tadi dengan nada kesal sambil berusaha menyembunyikan keperitan hidupnya.

Kemudian,Saidina Umar r.a, yang merasa kasihan dengan wanita miskin itu berkata: "Kenapa ibu tidak adukan perkara ini kepada khalifah? Bukankah beliau boleh membantu dengan memberikan wang dari Baitulmal ?... dengan cara itu akan dapat membantu meringankan kehidupan ibu dan anak-anak.” nasihat Umar...

"Aku seorang perempuan" jawab wanita itu.

“ Khalifah telah berbuat zalim pada kami anak-beranak…” kata si ibu lagi

Terkejut Saidina Umar mendengarkan ucapan Ibu tua itu tadi,

“ Bagaimana khalifah telah berbuat zalim pada ibu ?...terangkan kepada saya.. ” Saidina Umar ingin tahu.

“ Saya sangat kesal dengan pemerintahannya.... Beliau seharusnya melihat keadaan rakyatnya dalam kehidupan nyata,..... terdapat ramai lagi orang yang senasib dengan saya...”

Umar langsung menangis teresak esak mendengar keluhan wanita tersebut sehingga airmata beliau membasahi jubahnya

Selesai mendengar cerita sedih wanita tersebuat, beliau terus bingkas bangun keluar daripada rumah wanita miskin tersebut dan berlari ke Baitul Mal dan memasukkan tepung, daging dan gula ke dalam sebuah karung.

Sebaik sahaja beliau hendak membawanya balik kepada wanita itu, salah seorang suruhannya menawarkan diri untuk membawakan karung itu.

"Biar aku sendiri yang membawa karung ini." kata Saidina Umar r.a.

"Adakah engkau sanggup memikul dosa-dosaku di akhirat kelak?"

"Di hari pengadilan nanti engkau tidak akan dapat memikul bebanan-bebanan aku, jadi tidak ada sebab kenapa engkau mesti membawanya hari ini."sambungnya lagi.

Khalifah memikul karung yang sarat berisi makanan itu ke rumah wanita tersebut. Bila beliau sampai, beliau sendiri yang memasakkan makanan untuk anak-anak itu dan malah beliaulah yang memberi mereka makan. Ibu tua tersebut menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Saidina Umar r.a.

Sebaik sahaja beliau hendak meninggalkan rumah itu, wanita itu berkata kepadanya,

"Engkaulah yang sepatutnya menjadi khalifah, bukannya Umar r.a.. Engkau baik, murah hati dan faham perasaan orang. Itulah sepatutnya yang ada pada seorang khalifah (pemimpin negara)."

Dia tidak tahu bahawa yang menolongnya itu adalah Khalifah Umar.

ini adalah sedikit sedutan kisah Saidina Umar dan kisah di dunia nyata, aku sangat terinspirasi dengan seorang hamba ALLAH yang dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew.


Siapa Ebit Lew ? 

Sedikit latar belakang tentang beliau , nama penuh beliau adalah Ustaz Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau.Mempunyai 12 orang adik beradik, 6 budda dan 6 islam. Beliau ada seorang berbangsa cina dan Ayahnya juga berbangsa Cina. Baca lebih lanjut di sini 

Aku kagum dengan Ustaz Ebit Lew hospital di bantu ,orang susah di bantu tanpa mengira bangsa dan agama.




Untuk mak cik yang pernah viral ini membuatkan aku mengalir air mata.. Ya Allah. 



Ustaz Ebit Lew bantu tanpa mengira agama dan bangsa, Aku sangat mengagumi peribadi ustaz yang lembut tutur bahasanya dan budi pekertinya.Setiap nasihatnya seperti pisau yang membelah secara halus. Lembuh tapi tajam tetapi kita boleh menerima nasihat ustaz. Aku mengikuti kegiatan ustaz sejak dulu lagi. Memang aku kagum.


Kalau di tanya mungkin kita tidak bisa seperti ustaz tapi ada yang boleh yang kita lakukan. 

Pertama : Berdoa 
kedua : sama-sama bantu ustaz dengan menyalurkan derma 




Pertubuhan Kasih Umat Malaysia

cimb 8603546376



Ya Allah, ya Tuhan kami, rahmatilah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW suatu rahmat yang Engkau lepaskan kami dengannya dari segala kesusahan dan kebinasaan, dan yang Engkau tunaikan bagi kami dengannya segala hajat, dan yang Engkau sucikan kami dengannya dari segala kejahatan, dan yang Engkau angkat kami dengannya di sisi-Mu pada setinggi-tinggi darjat, dan yang Engkau sampaikan kami dengannya sejauh-jauh tujuan segala kebajikan semasa hidup dan sesudah mati. Dan juga selawat ke atas keluarga dan sahabat baginda dan anugerahkanlah mereka salam sejahtera yang banyak dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, hanya Engkau yang mampu memberi taufik dan hidayah kepada hamba-hambaMu, maka anugerahkanlah kepada kami taufiq dan hidayahMu, agar kami menjadi ibu bapa yang dihormati dan dicontohi oleh anak-anak kami, tambahkanlah kasih sayang diantara kami, jauhkanlah rasa benci, hasad dan iri hati, hiasilah diri kami seperti peribadi Nabi, serta lindungilah kami dari syaitan yang dilaknati.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami Yang Maha Pengampun, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan orang-orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakan. Berkatilah segala ilmu yang telah Engkau pinjamkan, keluarkanlah kami daripada lembah kejahilan dan kegelapan kepada daerah cahayaMu dan ilmu pengetahuan.

 Ya Allah, Ya Tuhan Kami, permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima oleh Mu, ya Allah.

 Ya Allah, Ya Tuhan Kami  permudahkan urusan Ustaz Ebit Lew dan dilimpahkan rezekimu untuk beliau membantu orang yang dalam kesusahan. Berikan kesihatan yang baik untuknya dan kebahgiaan di dunia dan di akhirat.

Amin 




Tiada ulasan:

Catat Komen

Coretkan sedikit pandangan