Jangan Pernah Mempersia-siakan Orang Yang Banyak Berkorban Untuk Kita | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Isnin, 6 Julai 2020

Jangan Pernah Mempersia-siakan Orang Yang Banyak Berkorban Untuk Kita

 
Assalamualaikum

Aku lelaki,
Mungkin andaian itu terlalu banyak bagi kaumku,
Pada aku tidak seharusnya disalahkan kerana jantina semata.
Sama juga jika sekaumku membicarakan perempuan itu sama semua suka mempermainkan perasaan dan kaki kikis dan sebagainya. Pada aku tak patut disalahkan gender tetapi harus disalahkan pada individu tersebut.

Ramai yang bertanya kepadaku, kenapa kau tak nak seperti anak muda yang lain bercinta, bertunang mahupun bernikah ?

Jika di ikutkan hati dan nafsu pasti mahu sahaja aku bawa lari anak gadis untuk aku kahwini jika ibu bapa terlalu letakkan hantaran yang tinggi. Tapi tidak tergamak aku lakukan seperti itu seolah aku tidak menghormati ibu bapanya dan menghormati seorang perempuan.
Nama keluarga juga bakal tercemar, aku menjaga tentang nama baik keluarga. Taknak kerana aku habis satu keturunan dihina sehingga 7 jenerasi. 

Buat masa ini biarlah aku berbakti kepada ibuku, biarlah aku bahagiakan hidupnya dahulu. Cukuplah beribu duit yang di habiskan untukku, cukuplah masa yang di gunakan untuk mendidikku menjadi insan berguna.

Ketika kaki ku mula melangkah dan terus dapat berlari bebas. Takkan aku biarkan dia di tinggalkan kesepian. Usia kian di telan waktu , sampai bila harus dia berkorban lagi untukku ?

Aku lelaki..

Tanggungjawabku besar, aku kena buktikan padanya aku mampu jadi anak yang baik padanya.Aku mampu jadi suami yang baik kepada isteriku dan menjadi ayah yang baik untuk anak-anakku nanti.

Sosok seorang wanita itu boleh di cari tetapi ibu tiada ganti. Biarlah aku berbakti dahulu.

Biarlah aku dapat tengok senyuman di wajahnya. Biarlah aku dapat memenuhi impiannya yang tak dapat di tunaikan sewaktu menjagaku.

Tanggungjawabku pada mereka sehingga hembusan nafasku yang terakhir

Teringat satu kisah yang membuatku terkesan.

Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah s.a.w. bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: 'Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis'. Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Taatlah selagi segalanya adalah kebaikan dan jangan mempersiakan mereka apa jua keadaan.

Soal jodoh itu aku serahkan pada keluargaku dan Aku yakin dengan Jodoh dari Allah, jodohkan rahsia tersembunyi dari Allah. Jadi bersabarlah.

Share This!


1 ulasan:

okk berkata...

nice info....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails