Pengikut

Rabu, 29 Januari 2014

Kriteria-Kriteria Blog Yang Paling Di Sukai Oleh Pengunjung Untuk Di Lawati

  ciri-ciri blogger yang baik
 
Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi kita bernafas di muka bumi Allah ini ,ucaplah syukur kepadanya. Sudah 6 tahun acik berblog, telah banyak blog yang acik kunjungi dan acik perhatikan. Jadi hari ini acik sertakan jenis bagaimana blog yang suka acik kungjungi .Antaranya ialah :

1. Artikel/Entri yang menarik dan berkualiti

 Hal ini yang menurut acik adalah hal yang paling penting, kerana tujuan orang berkunjung adalah mencari apa yang sedang ia cari. Dan apabila kita memberikan artikel dengan baik kemungkinan pembaca-pembaca akan merasa nyaman dan selesa, mungkin ada kebarangkalian untuk datang balik ke blog kita lagi. Kalau acik pun, kalau tertarik dengan entri-entri kadang kala berjam-jam bertandang ke blog tersebut untuk membaca setiap entrinya. Selain itu "originality" itu sangat penting, kerana pengolahan, pendapat kita mahupun pengalaman kita itu lebih baik daripada hanya setakat "copy paste". Serta menggunakan ayat-ayat yang dekat dengan pembaca serta mudah di fahami. Walaupun kadang kala isu yang sama di sajikan seperti blogger lain tetapi dengan olahan dan penceritaan yang baik buatkan entri kita lebih unik.

2. Kekemasan blog.

Dengan blog yang cantik dan kemas, pengunjung akan merasa tenang dan selesa untuk membaca entri kamu. .Kemudian perhatikan juga warna tulisan dengan background blog, pemberian warna pada tulisan dan background blog yang tidak tepat hanya akan menyakitkan mata. Seperti acik dulunya menggunakan tulisan warna warni dan juga tulisan yang agak tidak sesuai, setelah di tegur blogger senior , acik perbaiki dari semasa ke semasa. Pemilihan tema blog sangat penting pilihlah warna teras tidak lebih dari 3 warna kerana ianya akan kelihatan serabut.

3. Blog yang tiada banyak widget, iklan mahupun like (tunggu 1000 saat ) 

Blog yang baik menyusun atur letak widget yang terpasang secara teratur dan sistematik. Jika kamu membuat banner iklan usahakan supaya jangan membuat banner yang melayang  sebabnya  banner yang melayang ini akan menutupi sebagian teks entri kamu. Jangan pula letakkan widget yang terlalu banyak dan macam-macam takut-takut virus seperti trojan mahupun spam akan serang peranti pengunjung. Paling acik tak akan datang ke blog yang kena tunggu 1000 saat semata-mata untuk membaca entrinya, di gelabkan agar pembaca tak dapat baca dan like "page" tersebut.

4. Rajin menerbitkan entri

Pada acik, acik sangat suka pada blog yang menerbitkan entri selalu, sekurang-kurangnya satu entri sehari. Pada acik blog yang rajin menerbitkan entri ini keistimewaan tersendiri dimata para pengunjung, lagi-lagi dia mementing isi yang cuba di sampaikan. Setiap entri bermakna dan tidak hanya mementing kepentingan peribadi si penulis tetapi perkongsian bersama.
 

5. Loading blog.

Kebiasaanya blogger sering tidak ambil peduli tentang berat blog kita mahupun "loading"nya. Macam blog acik yang dulu puas memikirkan kenapa blog lambat sangat dan kini jumpa penyelesaiannya.Tapi perlu diketahui bahwa" loading" blog juga sangat penting untuk memikat hati pengunjung. Pengunjung sangat senang dengan blog yang ringan kerana  mereka boleh membaca terus membaca lagi-lagi kepada pegunjung yang menggunakan "broadband" yang kadang kala kelajuan turun naik. Dari pemerhatian acik blog yang ringan ini berpengaruh untuk di naikkan di agen carian sama ada di google mahupun yahoo.

6. Pemilik blog yang ramah.

 Pekara ini selalu di anggap remeh sesetengah blogger yang hanya selalu datang geng blogger atau kelompok mereka sahaja. Susah untuk membalas kunjugan blog lain ? tahu tak jadi bloggger yang ramah dan baik ini sebenarnya memberikan kelebihan kepada kita, walaupun entri kita tak seberapa tetapi kerana kita di anggap ramah mesti mereka akan datang ke blog kita walaupun hanya jadi "silent reader" mahupun komen " entri ini best" Sebenarnya ianya juga dapat meningkatkan trafik di blog kamu.

7. Blog yang unik

Dan hal ini juga sering di ambil mudah oleh para blogger, biasannya blogger meletakkan nama blog yang susah untuk di ingat dan berbelit-belit. Biar mudah dan gunaan nama yang unik,acik pernah jumpa nama blog "blogkitasukasukasangat" aduhh panjangnya dan sukar untuk di ingat. Gunakan nama blog yang baik ,mudah dan ringkas. Buat penjenamaan kembali blog kamu. Pasti akan jadi pilihan kepada pengunjung,bila orang sebut nama blog kamu pastinya orang tahu milik siapa blog itu. 

Share This!


57 ulasan:

  1. Assalamualaikum acik. nice sharing! dulu sheila tak reti sangat nak edit2 blog bagi nampak kemas. Alhamdullilah skrg dah semakin better. Apa yang acik cakap tu, sheila terapkan dalam berblogging. hehehee (",)

    BalasPadam
    Balasan
    1. acik, jangan marah naa sheila mohon share dekat fanpage. hihi.

      Padam
  2. Ermm..bagus entry ni. Pada wan, blog yg ada entry menarik yg memikat hati wan utk singgah. Di samping itu, kekemasan blog dan senang mata untuk mengadap setiap tulisan.

    BalasPadam
  3. betollah acik..akak sokong semuanya..hihihi... blog yang ringan memeng sangat best...dan blog yg ada iklan melayang dan kn tunggu beberapa saat yg jadi minit,..tu memang geram...hihihi..

    BalasPadam
  4. Bunda sokong tapi satu jer... bunda tak mampu nak update entri walaupun satu entri satu hari...bunda benar2 tak mampu..maafkan bunda...

    BalasPadam
  5. Terima kasih acik atas perkongsian. ^^

    BalasPadam
  6. Sesekali Acik buat artikel tips blogging...sungguh menarik dan bermanfaat sekali. Itulah gunanya ilmu dan pengalaman utk dikongsi bersama...Thanks Acik.

    BalasPadam
  7. saya paling tak suka ads yang melayang tu.. tahu la nak buat duit dgn blog, tapi sampai nak baca entri pun tak boleh,nak tekan komen pun tak boleh, nak tekan follow blgo tak boleh.. memang tak datang la lagi lepas tu, jangan hanya tahu nak dapat duit ja, tapi abaikan hak pengguna yang dtg nak baca blog anda..nice sharing for this entri acik... thumbs up for u.. :-)

    BalasPadam
  8. Tepat sekali... Mmg semua tu mnjadi penarik utk org singgah, baca, dan komen...

    BalasPadam
  9. gud sharing bro..tips yg simple tp besar efek dia.dan tak semua org ambil berat psl tu semua.

    BalasPadam
  10. betul tu,mcm akak lah dulu2 tahu baca jer tak pernah tgglkan
    komen sekrg bila dah syok tgglkan komen tiap2 hari nak baca dan cuba
    mengaktifkan diri...
    terima kasih

    BalasPadam
  11. artikel ne bagus untuk newbie yang baru nak menapak. fae pun masih banyak lagi kena belajar pasal ilmu blogging ne,

    BalasPadam
  12. Waaa..acik kongsi tip-tip blog...Bagus untuk dijadikan panduan...TERIMA KASIH sbb kongsikan entry ini pada kami semua.....Patutla acik pemes kan...hihi..guna tips ni upenya..

    BalasPadam
  13. Nice sharing.. akak x suke nak comment kalau blog ade words verification. so selalu baca jer without comment :)

    BalasPadam
  14. terima kasih untuk pencerahan ni
    nanti kalau ada masa, cuba singgah blog akak
    pastu bagi pendapat
    bukan apa, nak dengar juga pendapat orang...hehe

    BalasPadam
  15. setuju sangat dengan kriteria yang acik cakap tu.. :)
    lagi 1 licha kurang minat sikit dengan blog yang pasang lagu ini.. huhu

    BalasPadam
  16. Tips berguna untuk semua blogger esp. newbie, thanks.

    BalasPadam
  17. Betul tu acik....kalau no 3 tu pling tak suka bila nak masuk satu2 blog....

    BalasPadam
  18. terima kasih acik atas perkongsian ilmu..Insyallah akan cuba perbaiki sedikit demi sedikit blog saya

    BalasPadam
  19. setuju dengan kriteria yang acik senaraikan, yang paling penting kena kekalkan originaliti blog. Terutamanya dari gaya penulisan kan. Baru ada identiti :)

    BalasPadam
  20. setuju la acik..sebelum kita nak sahabat singgah ziarah blog kita..kita kena rajin singgah blog sahabat lain dulu..kalau tidak pun kunjungan kita tidak di balas kembali..sahabat lain pasti bertandang..yang penting niat kita itu..nnice sharing..

    BalasPadam
  21. Good! Saya suka..hihik..saya suka part yang ramah tamah tu..haha..boleh tingkatkan trafik you know..haha..

    BalasPadam
  22. Blog saya mesra pengunjung tak? kalau ada yg perlu diperbaiki bg tau ye Acik. Kekadang kita perlukan org untuk menilai blog kita.. Huhu. :D

    Btw, nice sharing...

    BalasPadam
  23. setuju semua pendapat acik tu.. part nak buat entri hari-hari saya masih lagi mencuba... hehehe....

    BalasPadam
  24. btl la sy stuju terutama bab senang loading tu..kdg berat sgt buat rse mls nk bw..huhuhuhu

    jom bg idea..bole dpt hadiah free - http://eirza.blogspot.com/2014/01/nak-hadiah-free-tak-jom-grab-peluang-ni.html

    BalasPadam
  25. salam. entry yang bagus ni acik hehe..nama blog sy tak susah nak ingat kan? loading pun ok kan? hehe

    BalasPadam
  26. Terima kasih, dapat ilmu hari ini ;)

    BalasPadam
  27. Salam, singgah sini sambil klik3 tabung sekali... saya setuju sangat dengan Acik dan sahabat blog MyCherita.Saya memang paling tak suka masalah seperti yang seumpama itu.. apapun nice sharing.. ºSenikkº

    BalasPadam
  28. betul tu acik. nad pun cuba nak buat semua yg acik senaraikan kat atas bg mudah orang datang blog nad :)

    BalasPadam
  29. lagi tips berguna dari blogger berpengalaman :)

    BalasPadam
  30. Saya sokong apa yang dinyatakan.

    BalasPadam
  31. haha 1000 saat tu yang tak boleh tahan, sebutan kejamnya baik aku baca yang copy paste

    BalasPadam
  32. yer acik, apa yang acik simpulkan mama baca dan anguk-angukkan kepala tanda setuju, semuanya mama setuju.... :) nama blog tu jangan panjang sangat, susah nak ingat..

    BalasPadam
  33. tq share tip ni..
    betul tu tang nama blog tu memang kalo panjang susah nooo nak ingat..kan...
    lagi satu blog yang loading kemain lama berjanggut nunggu...pengunjung larik...

    BalasPadam
  34. Blog yang ada like kena tunggu sampai 1000 saat tu memang awal2 dah tekan pangkah. Blog belum tentu best.. Baca entri pun blom dah suruh tekan like.

    BalasPadam
  35. Betul tu acik.blo Akk x berat kot cuma 10sec.nama blog pun simple je kan.Atienstory..

    BalasPadam
  36. terima kasih acik..Fiza pun tak tahu apa pandangan org pada blog Fiza... nampaknye nak kene tukar nama blog la fiza cm nie.. teguran yang sgt membina

    BalasPadam
  37. Oo.. bgs entry acik ni. Xpena mgecewakan zara.. aceceh.. entry acik slalu punyai isi yg kuat. Trima kasih acek. Nnti zara akan pbaiki blog zara skit2. ^^

    BalasPadam
  38. sgt berguna info acik nie.. sy nie banyak lemah lg dalam dunia blog nie.. kalau ade mane2 yg kurang di blog sy bgtau ye acik.. btw.. entry nie best ! :)

    BalasPadam
  39. Wah..acik pun ada ramai peminat....Tahniah...blogger yang mesra.

    BalasPadam
  40. tips y bagos! blog y background hitam tulisan putih paling sakit mata nak membaca..huhu..=)

    BalasPadam
  41. Assalammualaikum...achik,

    Terima kasih bebanyak tips yang dikongsikan di sini.. bagus achik! Kita semua belajar daripada kesilapan..

    mselim3

    pls: dulu blog mselim3 background hitam tulisan kuning huhuhu dulu2 ilmu berblog pun kurang.. ehehehe

    BalasPadam
  42. peramah tu akan menjadikan kita lbh disenangi dan org suka dtg baca blog wpun kekadang entry tak berapa menarik ...

    BalasPadam
  43. info yang bagus untuk saya yang sekejap ada mood nak menulis, sekejap takde mood. hehehehhehe ! jd semangat nk menulis hari hari. mekasihh

    BalasPadam
  44. cuba bagi yang terbaik walaupun in hurry...anyway tahniah acik dah enam tahun ya..lama tu..

    BalasPadam
  45. betol tu acik , acik komen blog NIL . ok ta ?? ada yang perlu ubah tak

    BalasPadam
  46. Terima kasih Acik... abak setuju..hehehe... Nampaknya Abak kena baiki sikit lagi blog Abak ni...entri pun mengarut ngarut je..hahahhah...

    BalasPadam
  47. tips yg sgt bagus... byk lagi benda ain nk kene perbaiki.. thanks for the info :D

    BalasPadam
  48. kena ambil pendapat abg acik ni. membangun sungguh :D thumb up!

    BalasPadam
  49. T kasih diatas perkongsian tips & nasihat Acik.. in shaa Allah, akan dijadikan panduan & peringatan selalu. T kasih.. :)

    BalasPadam
  50. acik suka singgah blog akak tak?hehehehe..

    BalasPadam
  51. Perkongsian yang bernas, terutama part 'isu yang sama. tapi olahan berbeza' ianya memberikan saya inspirasi untuk menerbitkan hasil tangan sendiri. thanks :D

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails