Ticker

6/recent/ticker-posts

Perubahan Sistem Mengambil Lesen Memandu 2022

Ramai yang tanya acik, update lah bagi pengambilan lesen bagi tahun 2022. Jadi acik kongsikan kepada mereka yang nak ambil lesen tahun ini. 
 
https://i2.wp.com/metrodriving.com.my/en/wp-content/uploads/GAMBAR-TEST-12-of-48.jpg?resize=768%2C512&ssl=1
credit metrodriving

Umur Yang Sesuai Untuk Mohon Lesen:

Lesen Motor = Berumur 16 tahun dan ke atas, (Layak untuk mengambil kategori motor B full atau lesen B2)

Lesen Kereta = Melepasi umur 17 tahun. (Layak untuk daftar lesen kereta)

Harga Lesen Motosikal & Harga Lesen Kereta 2022

  • Motosikal B2 (untuk motor b2 tidak lebih 250 cc) : RM350 hingga RM450
  • Harga Motor B FULL (lebih 500 cc): RM900 hingga RM1100
  • Harga Lesen memandu kereta manual D : RM1150 hingga RM1300
  • Harga Lesen memandu Kereta transmisi auto automatik  DA : RM1250 hingga Rm1500

Senarai Peraturan Baru:

  1. Sekarang, setiap kenderaan akan dipasang kamera, bagi mengelakkan penguji ambil kesempatan termasuk mengagalkan ujian tanpa sebab yang munasabah
  2. Selepas ini, tiada lagi ujian praktikal bersama kakitangan JPJ. Ini kerana ujian tanpa penguji akan dilaksanakan tidak lama lagi. YA. Bermakna selepas ini cara buat baru lesen memandu tanpa test JPJ 2022 bermula.
  3. Ujian komputer juga selepas ini akan dipantau sepenuhnya sistem video di dalam bilik ujian

Promosi Lesen Memandu 2022:

Berikut merupakan harga promosi bagi lesen memandu 2022:

https://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2022/01/2-4.jpg Apapun harga mengikut kepada sekolah memandu.

 

Cara Daftar Lesen:

Berikut adalah cara daftar lesen kali pertama:

1)Pendaftaran:

Daftar di Kaunter Pendaftaran Akademi Memandu berhampiran.Pengawai pemasaran akan hubungi anda. Diwajibkan membuat pembayaran pertama untuk ke Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).

2) Kursus KPP:

Kursus KPP di akademi memandu diadakan selama 6 jam. Calon digalakkan berpakaian kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ.

3) Ujian Komputer:

  • Setelah menghadiri kursus KPP calon perlu menduduki ujian teori undang-undang komputer selama 45 minit pada setiap hari kecuali hari ujian praktikal JPJ.
  • Markah lulus 42/50 dan akan diberikan ganjaran RM50 untuk markah penuh 50/50. Jika gagal dalam ujian komputer ini, calon diberi 3 kali percubaan secara percuma dengan pakej sampai lulus.

 

4) Lesen L

Calon akan perolehi lesen L (Learner Driving License) dalam tempoh seminggu.

5) KPP 02:

Calon diwajibkan membuat bayaran kedua untuk menjalani latihan memandu KPP 02 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) selama 16 jam. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk belajar di dalam litar. Untuk motorsikal, calon akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, dan brek kecemasan. Untuk lesen kereta pula, calon akan diajar menaiki bukit, side parking, dan 3 penjuru.

6) KPP 03:

Setelah membuat latihan memandu di dalam kawasan litar, calon perlu menjalani latihan KPP 03 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) pula iaitu latihan di jalanraya. Calon diwajibkan membuat bayaran ketiga. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk sesi latihan di jalanraya. Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP 02

7) Ujian QTI:

Calon perlu menduduki Pra-Ujian (Pre-Test) sebelum bersedia untuk ke Ujian Praktikal JPJ. Ujian ini dijalankan sendiri oleh jurulatih yang bertauliah di institut memandu. Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal.

8) Ujian Praktikal JPJ:

Setelah itu, calon perlu menduduki Ujian Praktikal JPJ. Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ boleh mendapatkan lesen memandu P. Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu calon akan mendapat lesen P tersebut. Bagi yang gagal ujian JPJ, calon diberi Percuma Ulangan Ujian JPJ Tanpa Had dan 2x Ulangan Latihan Praktikal.

 

Jika ada info terkurang atau terlebih bagitahu iya, acik akan update dari semasa ke semasa.

 

 

 

 

 

Catat Ulasan

4 Ulasan

paridah berkata…
TKSH ACIK PERKONGSIAN BERMANFAAT
Really Thank you very much for sharing these sites and your post is very helpful for SEO.uncle sam og This will help us make our site more and more visible on search engines.
SalbiahM berkata…
terima kasih berkongsi.
Unknown berkata…
Terima kasih Abg untuk penjelasan yang jelas👍