Masih Single ? Ini 7 pesan Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Sabtu, 10 September 2022

Masih Single ? Ini 7 pesan Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah



Assalamualaikum

 Masih single? Ini 7 pesan Tok Abah untuk anda:

1. Jangan merasa sendiri dan membanding-bandingkan dengan kawan kamu semua yang sudah berkeluarga. Jodoh bukan perlumbaan, maka tak perlu melihat mereka.

2. Tetap single sehingga kamu benar-benar telah jumpa seseorang yang matang dan bertanggungjawab untuk mencintai kamu dan keluarga kamu.

3. Pilih seseorang yang sedar bahawa tiada tempat untuk bermalasan dalam sebuah perhubungan yang memerlukan komitmen.

4. Pilih si dia yang tidak pernah menghukum masa lalumu. Seseorang yang menghargai kamu pada masa ini dan sentiasa 'look forward' untuk mencipta kehidupan terindah denganmu.

5. Pilihlah si dia yang telah melihat masa terburukmu, maksudnya pernah melihat kamu gagal dan hampir putus asa. Dia datang sebagai kekuatan dan sentiasa percaya dengan keupayaan kamu.

6. Pilihlah si dia yang sentiasa meletakkan Allah SWT di tempat tertinggi dan mendekatkan kamu denganNya.

7. Pilihlah si dia yang tidak pernah merasa penat denganmu. Seseorang yang sentiasa ada sahaja idea untuk elak kamu merasa bosan dan buat sesuatu perkara menginspirasikan dan indah. 

Jodoh itu Allah telah tetapkan. Kita jangan pernah merasa terlambat kerana hidup ini penuh keindahan yang Allah telah bentangkan untuk kita.

Kadangkala, Allah sengaja menghilangkan jodoh kita dengan pasangan kita sebelum ini, hanya kerana Dia lebih mengetahui orang yang tepat untuk menjadi milik kamu.

Mulai hari ini, berdoalah dan ubah diri kamu untuk jadi insan yang lebih baik dan baik. Inn shaa Allah, ada calon yang baik pasti menghampiri dan mengetuk pintu hatimu untuk berumahtangga.

Terus berdoa ya.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,

Moga ada jodohnya ya.

Share This!


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails