Ticker

6/recent/ticker-posts

Jom Taksir Zakat, Bayar Jumlah Tepat, Hidup Lebih Berkat

 Assalamualaikum

Dalam setiap rezeki kita, ada hak orang lain di dalamnya, termasuk gaji kita setiap bulan.

Mungkin kita masih ada dibenak fikiran kita, " akupun susah, apalagi nak bayar zakat !"

Cetusan hati itu berlarutan dan akhirnya kita abaikan tanggungjawab kita. Padahal di luar sana masih ramai yang sangat memerlukan. 

Kenapa kita keluarkan zakat ? 

Zakat dari segi bahasa maksudnya mensucikan, subur, berkembang.

Banyak pengertian yang dikembangkan daripada perkataan di atas, misalnya, ia mensucikan harta, menyuburkan silaturrahim, dan mengembangkan punca rezeki.

Dari segi istilahnya, zakat adalah mengeluarkan harta mengikut syarat yang ditentukan oleh syarak dengan kadar tertentu kepada golongan tertentu (asnaf zakat).

Zakat ni kita boleh umpamakan macam proses kita mencantas pokok. Masa kecil saya di kampung, ayah dan mak saya selalu memangkas pokok-pokok buah-buahan dan bunga di sekitar tujuan. Bila kita potong dahan pokok-pokok ni, ia akan nampak gondol dan pelik. Tapi hasilnya, pokok-pokok ni akan jadi lebih subur, rimbun dan rendang.

Macam itulah bila kita berzakat. Kita keluarkan harta kita, tapi in return kita akan dapat lebih daripada apa yang kita keluarkan. Ia menyuburkan harta kita, menjadikannya lebih merimbun. 

Zakat membuka pintu rezeki.

Setiap hari, 2 malaikat akan mendoakan sorang yang berzakat dan bersedekah agar Allah memberikan ganti kepadanya, dan satu lagi mendoakan agar Allah menghancurkan orang yang kedekut nak berzakat dan bersedekah.

Adakah zakat ini menyusahkan?

Tentunya tak bukan?

Malah ia nampak begitu mengujakan bukan?

Zakat adalah win-win situation. Baik kepada penerima, apatah lagi pemberi. Ingat analogi pangkas pokok di atas tadi, bila kita berzakat, harta kita jadi makin ‘cantik’, elok, dan makin bertambah. Bila rezeki makin bertambah, makin banyak kita boleh menyumbang kepada umat.

Yang menerima zakat juga boleh menggunakan wang tersebut untuk memulakan sesuatu usaha, mungkin satu hari mereka yang layak menerima zakat inilah pula yang mengeluarkan zakat harta mereka. Tidak mustahil bukan. Ia pernah terjadi di zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz di mana tiada yang layak menerima zakat, kerana penduduk negeri pada zaman itu terdiri dari orang berharta.

Mudah-mudahan pemimpin negara kita dapat mencontohi kepimpinan Umar Abdul Aziz. Berkat seluruh negeri, terhapus kemiskinan, tercapai tujuan ke arah kemiskinan sifar.

 Zakat Pendapatan 

Takrif Pendapatan (al-Mal al-Mustafad)

Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.

Jenis-Jenis Harta Pendapatan

Ulama’ mutaakhirin membahagikan Mal al-Mustafad kepada kategori berikut:

1. Zakat Harta Penggajian dan Upah Kerja ( Ùƒَسَبُ العَÙ…َÙ„ِ ÙˆَالرَÙˆَاتِبِ Ùˆَالأُجُورِ )

Ia bermaksud “Harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya untuk pihak lain sama ada kerajaan, swasta atau individu dengan melakukan sebarang usaha dalam bentuk fizikal, sumbangan idea atau kedua-duanya dalam tempoh yang dipersetujui bersama, sama ada secara tahunan, bulanan, mingguan, harian atau jam.”Contoh :

  • Gaji, upah, bonus, tuntukan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah , anugerah & insentif, hasil ESOS (Skim pilihan sahan pekerja) dan sebagainya.
  • Apa-apa hasil yang diperolehi dengan sebab pekerjaan atau penggajian.

2. Zakat Harta Pemberian Atau Sumbangan ( العطية )

Ia bermaksud “Harta yang diperolehi oleh seseorang bukannya hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya. Ia merupakan pemberian yang diterima samada daripada individu atau institusi dalam tahun semasa ” dalam berbentuk harta zakawi yang bukan dalam bentuk harta tetap (al ‘aqar) dan bukan merupakan nafkah wajib.”Contoh :

  • Hibah, hadiah, saguhati, pencen pasangan, sedekah
  • Pampasan, harta pusaka, mahar perkahwinan

3. Zakat Harta Kerja Bebas ( المَÙ‡َÙ†ُ الحُرَّØ© )

Iaitu harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya sendiri tanpa ada kaitan dengan pihak lain dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional..Contoh :

  • Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor klinik atau hospital swasta dan sebagainya.
  • Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor dan keuntungan projek bermusim.
  • Komisyen dan residual income – pendapatan dari jualan insurans, takaful, unit trust, brokeraj dan seumpamanya.
  • Bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasl penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.
  • Hasil tunai sekali sekala seperti hasil pembiayaan semula aset atau hasil jualan aset tetap atau pinjaman bank yang tiada tujuan dan lain-lain.

4. Zakat Harta al-Mustaghallat ( المُسْتَغَلاَّتْ )

Iaitu segala harta yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan atau pendapatan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya. Contoh:

  • Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya.
  • Hasil sewaan kenderaan, pengangkutan, peralatan, aset atau sebagainya.
  • Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual

Tolakan Zakat Dan Keperluan Asasi (Had Kifayah)

Mengikut Fatwa Negeri Selangor bahawa keperluan asasi yang sangat dihajari oleh manusia adalah terlepas daripada kewajipan zakat.

Asas had al-kifayah ialah segala keperluan asasi yang mesti ada pada diri seseorang dan tanggungannya seperti isteri, anak-anak, ibubapa, adik beradik dan sebagainya.

Keperluan asasi yang diambil kita dalam penentuan Had al-Kafayah adalah seperti berikut :

  • Perlindungan
  • Makanan dan minuman
  • Pakaian
  • Perubatan
  • Pendidikan
  • Pengangkutan

 Satu pendekatan yang baik yang telah dilancarkan oleh Lembaga Zakat Selangor

iaitu Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu

Kempen ini bermula 15 Jun hingga 31 Julai 2022 bersempena Bulan Taksir Zakat.Kempen ini diadakan sebagai inisiatif untuk membudayakan taksiran zakat seiring dengan jumlah harta yang dimiliki supaya ibadah itu dilakukan dengan sempurna.

Macam mana nak ikuti kempen taksiran ini ?


Caranya mudah saja :
  • Muat turun aplikasi mudah alih "ZakatSelangor" di App Store atau Play Store di telefon bimbit, buat pendaftaran dan log masuk ke akaun.
  • Cari fungsi taksir yang membolehkan kamu membuat taksiran jenis-jenis zakat harta dan simpan taksir zakat.
  • Tebus baucar di cawangan LZS berhampiran berserta bukti taksiran. *Selagi stok masih ada.
  •  Bagaimana nak tahu taksiran hanya tekan di kalkulator di sini. 
Ataupun klik saja : Jom.zakatselangor.com.my
 

Selain itu juga,Pembayar hanya perlu memasukkan maklumat diperlukan menerusi  jom.zakatselangor.com.my dan seterusnya pembayar zakat boleh membuat bayaran zakat secara ansuran bulanan dan ia secara langsung tidak membebankan pembayar zakat. Pembayaran zakat ini juga boleh dibuat secara potangan gaji tiap bulan iaitu Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir).

Sepanjang tempoh ini, mereka yang berjaya membuat taksiran berpeluang untuk menebus baucar KFC di cawangan-cawangan LZS selagi stok masih ada. Rezeki jangan ditolak.

Selain membayar zakat, kita juga boleh menyemak permohonan, bayaran dan rekod-rekod lain melalui EZO : ezo.zakatselangor.com.my.


Zakat yang kita bayar akan diagihkan kemana ? Antaranya :


1. Asnaf Fakir Dan Miskin
2. Asnaf Muallah
3. Asnaf Fisabilillah
4. Asnaf Gharimin
5. Asnaf Ibni Sabil
 

 

Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Lembaga Zakat Selangor 

Web :  https://www.zakatselangor.com.my/

No tel : 1-300-88-4343

 

 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan