Ticker

6/recent/ticker-posts

Kewangan Menyebabkan Punca Utama Kepada Pasangan Berpisah ?

 
Kewangan Menyebabkan Punca Utama Kepada Pasangan Berpisah ?
 

Ramai orang ingat punca rumah tangga retak itu sebab orang ketiga. Hakikatnya, ramai yang tidak sedar kewangan juga boleh jadi punca hubungan mula renggang sedikit demi sedikit.

Menurut pelbagai laporan dan peguam syarie di Malaysia, masalah kewangan, nafkah, hutang dan kos sara hidup antara faktor utama yang paling banyak menyumbang kepada perceraian. Pada tahun 2024 sahaja, Malaysia merekodkan 60,457 kes perceraian, meningkat berbanding 58,095 kes pada tahun sebelumnya. 

Ada juga kajian yang mendapati hampir separuh daripada pasangan yang bercerai mengaku masalah kewangan menjadi faktor utama perpisahan mereka. Kajian oleh Universiti Putra Malaysia pada tahun 2020 mendapati 45% pasangan yang bercerai menyatakan masalah kewangan sebagai faktor penyumbang. Selain itu, 32% klien yang menghadapi masalah kewangan turut mengalami keruntuhan rumah tangga. 

Rasulullah sendiri mengajar bahawa nafkah itu bukan perkara kecil. Bahkan memberi nafkah kepada keluarga dikira sebagai sedekah.

Sabda Nabi Muhammad:

“Dinar yang paling utama yang dibelanjakan seseorang ialah dinar yang dibelanjakan kepada keluarganya.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah ï·º bersabda:

“Cukuplah seseorang itu berdosa jika dia mensia-siakan orang yang berada di bawah tanggungannya.”

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Ini menunjukkan suami perlu memandang serius soal nafkah, hutang dan perbelanjaan keluarga. Jangan anggap bila isteri bekerja, tanggungjawab suami terus hilang.

Contohnya, ada suami yang gajinya RM2,500 tetapi masih mahu membeli telefon mahal secara ansuran, motosikal baru dan keluar minum setiap malam. Akhirnya duit rumah, bil dan susu anak terabai. Isteri pula terpaksa guna gajinya sendiri untuk tampung semuanya. Lama-kelamaan, isteri bukan sahaja penat, malah mula hilang rasa hormat.

Ada juga isteri yang suka membandingkan suaminya dengan suami orang lain. Tengok orang lain beli emas, bercuti, tukar kereta, terus mendesak suami ikut kemampuan orang lain. Sedangkan suaminya sedang bertungkus-lumus membayar hutang dan menyara keluarga. Sikap begini boleh membuatkan suami rasa gagal walaupun dia sudah berusaha sehabis baik.

Di media sosial juga ramai meluahkan bahawa generasi hari ini terbeban menjadi “sandwich generation”, terpaksa menanggung ibu bapa, pasangan dan anak-anak dalam masa yang sama. Tekanan ini menyebabkan ramai rasa penat, tertekan dan akhirnya hubungan rumah tangga mula goyah. 

Sebab itu, dalam rumah tangga, kedua-duanya perlu main peranan.

Jangan sesekali buat pinjaman peribadi kalau bukan sebab betul-betul terdesak.
Bukan semua benda dalam hidup perlu diselesaikan dengan hutang.

Kadang kita rasa “ala sikit je monthly… boleh lah kot.”
Tapi hakikatnya, yang sikit tu lah akan mengikat kita bertahun-tahun.

Jangan mudah terpengaruh nak tukar kereta baru,
sedangkan kereta lama masih boleh bawa kita ke tempat yang sama.

Jangan kejar telefon bimbit baru setiap kali keluar model terbaru,
sedangkan fungsi yang lama masih cukup untuk kegunaan harian.

Hidup bukan tentang nampak mampu,
tapi tentang betul-betul mampu.

Ramai orang nampak “steady” di luar,
tapi dalam diam, hidup dengan komitmen yang menyesakkan dada setiap bulan.

Ingat…
ketenangan itu lebih mahal daripada gaya hidup yang dipaksa-paksa.

Kalau jadi isteri, jadilah pengurus kewangan keluarga yang bijak. Simpan resit, catat perbelanjaan, elakkan membazir dan belajar membezakan keperluan dengan kehendak.

Kalau jadi suami, jadilah pemimpin yang amanah. Jangan biarkan isteri menanggung beban seorang diri. Walaupun gaji kecil, kalau ada usaha, kejujuran dan perancangan, insya-Allah keluarga masih boleh hidup tenang.

Rumah tangga yang kuat bukan kerana banyak duit semata-mata, tetapi kerana ada kerjasama, saling memahami dan saling menjaga hati.

Kerana kadang-kadang, bukan kemiskinan yang memusnahkan rumah tangga. Tetapi sikap tidak peduli, ego dan tidak mahu berbincang bila masalah datang.

 "Kau pandai cakap, kau tak kawin lagi!!" -jeritan netizen.

 Betul , tapi aku ada mata untuk melihat, ada telinga untuk mendengar dan ada kaki tangan untuk aku berusaha lebih baik.

 Kita ambil ibrah untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik.  


Catat Ulasan

0 Ulasan