Ticker

6/recent/ticker-posts

Percayalah apa yang Allah simpan untuk kau jodoh dan rezeki takkan pernah salah alamat dan akan datang tepat pada waktunya.

 

Malam itu sunyi.

Aku duduk di hujung katil, memandang sepi yang seakan tak bertepi.

Telefon di tangan, tapi tiada siapa yang benar-benar ingin aku hubungi.

Bukan tak ada orang tapi ada rasa yang tak mampu difahami sesiapa.

Hari-hari aku jalani seperti biasa kerja, tanggungjawab, senyum bila perlu.

Tapi dalam diam, hati ini penat.

Penat menunggu, penat berharap, penat memujuk diri sendiri.

Aku pernah tertanya-tanya,

“Ya Allah… kenapa lambat sangat?”

Tentang jodoh…

bila orang lain satu persatu bertemu pasangan,aku masih di sini, menjaga hati sendiri dan menjaga ibu yang semakin tua.

Bukan aku tak mahu…

tapi bukan mudah mencari yang boleh menerima seluruh hidup aku,bukan sekadar aku tapi tanggungjawab aku juga.

Kadang terasa rendah diri,

bila orang mula bertanya, mula membanding.

Seolah-olah lambat itu satu kegagalan.

Tentang rezeki.

aku juga pernah rasa sempit.

Nak stabilkan hidup bukan sehari dua.

Bermula dari bawah, jatuh bangun, simpan sikit demi sikit sampai kadang aku sendiri hampir putus harap.

Sampai satu saat… aku berhenti bertanya.

Bukan sebab sudah putus asa,

tapi kerana aku mula faham sesuatu.

Kadang Allah tak bagi cepat jodoh,

sebab Dia nak pertemukan kita dengan yang betul yang bukan sekadar hadir, tapi kekal dan memahami.

Kadang Allah lambatkan rezeki,

sebab Dia nak ajar kita nilai syukur,

supaya bila dapat nanti, kita tak lupa diri.

Aku mula sedar…

Masalahnya sama, tapi aku yang berubah.

Luka masih ada, tapi aku jadi lebih sabar.

Jalan masih sukar, tapi aku belajar percaya.

Dan dalam diam itu…

aku mula rasa satu ketenangan yang tak boleh dijelaskan.

Seolah-olah Allah berbisik,

“Aku dengar… Aku nampak… dan Aku sedang aturkan.”

Rupanya…

jodoh yang tertunda itu bukan penolakan, tapi perlindungan.

Rezeki yang lambat itu bukan kekurangan, tapi persiapan.

Mungkin sekarang kita belum ada pasangan,

mungkin sekarang hidup masih sederhana,

tapi Allah tahu masa yang paling tepat untuk kita.

Sebab bila sampai waktunya nanti…

jodoh itu hadir dengan ketenangan, bukan kerisauan.

rezeki itu datang dengan keberkatan, bukan sekadar cukup.

Jadi kalau hari ini kau rasa lelah…tak apa, itu biasa, rehat sebentar. 

kalau kau rasa doa tentang jodoh masih sepi…

kalau kau rasa rezeki masih sempit…

Jangan lepaskan hubungan kau dengan Allah.

Jaga solat.

Jaga hati.

Jaga sabar.

Sebab saat semua terasa kosong,

hanya Allah yang tak pernah tinggalkan.

Dan percayalah…

apa yang Allah simpan untuk kau jodoh dan rezeki

takkan pernah salah alamat,

dan akan datang tepat pada waktunya.


Catat Ulasan

0 Ulasan