Ticker

6/recent/ticker-posts

kadang-kadang, kehilangan itu bukan satu kegagalan tapi cara Tuhan selamatkan daripada terus mencintai orang yang tak ditakdirkan untukmu.

 


Acik ada membaca di sosial media tentang seorang effort lelaki, tapi sayangnya tidak dihargai.Acik ada sedikit nasihat untuk semua. 

Kadang-kadang kita fikir, kalau kita cukup bersungguh-sungguh, cukup berkorban, cukup tunjuk effort, orang itu akhirnya akan nampak dan hargai kita.

Kita sanggup berjaga malam, berjalan jauh, habiskan duit, penatkan diri, tahan lapar, tahan letih, semata-mata sebab kita percaya cinta itu perlukan usaha.

Tapi hakikat yang paling sakit untuk diterima ialah Bila seseorang itu memang tidak mahukan kita, sebesar mana pun effort kita, dia tetap tidak akan nampak nilainya.

Kita boleh datang seribu kali, dia tetap anggap biasa.

Kita boleh berkorban separuh nyawa, dia tetap rasa itu bukan apa-apa.

Kita boleh menangis, menunggu, berharap… tapi hati orang yang tak mahu, tetap tak akan terbuka.

Sebab itu, jangan terlalu bodohkan diri demi seseorang yang tidak pernah nampak pengorbanan kita.

Kadang-kadang kita kecewa sebab manusia tidak nampak usaha kita. Tapi Allah nampak setiap langkah, setiap air mata, setiap penat yang kita sembunyikan.

Kalau manusia tidak menghargai, jangan rasa diri tidak bernilai.

Kerana yang paling penting bukan manusia pandang atau tidak, tetapi Allah tahu kita pernah ikhlas.

Namun, Islam juga mengajar kita supaya tidak memudaratkan diri sendiri demi orang lain.

Sunan Ibn Majah meriwayatkan sabda Rasulullah SAW:

“Tidak boleh melakukan mudarat dan tidak boleh membalas mudarat.”

Jangan sampai terlalu mengejar seseorang, kita rosakkan hati sendiri.

Jangan sampai terlalu memberi, kita hilang harga diri sendiri.

Jangan sampai terlalu berharap, kita lupa bahawa hidup kita juga ada nilai.

Cinta bukan tentang siapa paling banyak berlari.

Cinta bukan tentang siapa paling banyak menangis.

Cinta bukan tentang siapa paling kuat bertahan seorang diri.

Cinta yang betul akan buat dua-dua orang berusaha.

Kalau hanya kau seorang yang penat, kau seorang yang tunggu, kau seorang yang selalu cari itu bukan cinta, itu cuma kau memaksa diri untuk bertahan pada sesuatu yang memang tak pernah mahu tinggal.

Kadang-kadang, melepaskan itu lebih baik daripada terus berharap pada orang yang tak pernah hargai.

Jami` at-Tirmidhi meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Antara kebaikan Islam seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya.”

Kalau seseorang itu sudah berkali-kali buat kita rasa tidak dihargai, mungkin sudah tiba masa untuk kita berundur, jaga hati sendiri dan serahkan semuanya kepada Allah.

Sebab setinggi mana pun effort kau, kalau kau bukan orang yang dia mahu, kau tetap tak akan dipilih.

Dan itu bukan sebab kau tak cukup baik.

Cuma kau sedang memberi hati pada orang yang salah.

Sebab kau sedang habiskan tenaga, doa, dan harapan pada seseorang yang tak pernah nampak nilai kau sepenuhnya.

Sedangkan di luar sana,
mungkin ada seseorang yang tak perlu kau kejar pun,tapi tetap memilih kau dengan cara yang tak buat kau rasa lelah untuk dicintai.

Jadi, kalau hari ini kau masih bertahan pada orang yang salah,
belajarlah untuk lepaskan.

Sebab kadang-kadang, kehilangan itu bukan satu kegagalan tapi cara Tuhan selamatkan kau daripada terus mencintai orang yang tak ditakdirkan untuk kau.

 


Catat Ulasan

0 Ulasan