Pengikut

Jumaat, 9 September 2011

Aku Masuk Neraka KeranaMu !!!



Assalamualaikum

Hai Alhamdulilah hari nie kita dapat hidup dalam ketenagan yang tidak terhingga tidak seperti negara lain yang yang berperang sane sini. Hidup kita cukup aman dan ucapkanlah puji syukur kepada ALLAH kerana di beri kesempatan pada kita dapat menghirup udara yang segar.wah hari nie rasa semangat nak menaip sebab datangnye semangat baru untuk berkongsi ilmu sesama kita.Sebelum tu jom la senyum dulu baru semangat untuk meneruskan cerita ni. Tajuk kita pada hari nie Aku Masuk Neraka KeranaMu !!!

Pada pandangan acik suka akan perempuan yang bertudung dan pandai sesuaikan penampilan. Yelah memang la pada dasarnye bukan semua perempuan yang bertudung nie berhati mulia dan baik tetapi sekurangnya dye menjaga adab dan pelihara maruahnya. Dan sayangnye kepada mereka yang baik hati dan sangat sopan tetapi tidak bertudung dan tidak menjaga aurat alangkah ruginye menjadi tatapan masyarakat dan tiada keistimewaaanya. Ada juga perempuan yang bertudunng tapi ketat sane sini itu juga perlu diatasi.


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka.



Dosa seorang perempuan yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat ada hanya pada seorang sahaja malah bersangkut paut pada yang lain. Ayat nie selalu digunakan

"Suka Hati aku apa yang aku buat kubur masing-masing"

Yup memang betul kubur masing-masing but kamu telah menyusahkan orang lain dan kepada mereka yang melihat dan mengetahuinye akan mendapat dosa .Siapakah mereka ???Mereka Adalah

  • Suaminya.
  • Ayahnya.
  • Saudara lelakinya.
  • Anak lelakinya
Keempat-empat golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan ?

Telah dinyatakan bahawa kita perlu membuat teguran dalam peringkat:

 
  1. Tegur dengan tangan jika terdaya.
  2. Tegur dengan mulut jika terdaya.
  3. Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman

Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Seorang wanita salihah lebih baik daripada seribu lelaki yang tidak salih. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibuka lapan pintu syurga yang mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab.”

Dan kepada yang lelaki jangan pulak bila dengar semua ni kamu tepuk tangan kerana suka sebab kena pada batang hidung mereka nie .Kamu juga bertanggungjawab menutup aurat.



Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “ Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”.
Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;
1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”.
Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH.
2. Imam maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : ” Aurat lelaki ada dua keadaan : (1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh badannya. (Rujuk al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al Aurah).

So same-same la kita menjaga aurat sama ada lelaki dan perempuan bagi pemantapan diri sendiri.Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dari ALLAH.Salam ukuwah dari insani.Assalamualikum ..adios :)


Share This!


15 ulasan:

  1. cik hana suka entri anda.. hmm betul juga.. selalu dah menegur tetapi diorang memberontak.. nice entri.. :D

    BalasPadam
  2. erm..satu perkongsian yg bagus.. aku pun kdang2 ada jugak buka aurat ni..

    BalasPadam
  3. salam kenal dari kelab blogger BA

    semoga para hawa diberi hidayah. Amin!

    BalasPadam
  4. setuju ngn entry ni =)

    benci adalah selemah2 iman ;)

    BalasPadam
  5. ermm thank semua sebab support :)

    BalasPadam
  6. Entry yang wajar semua orang bace...sebagai panduan dalam menjalani kehidupan..

    BalasPadam
  7. Nice entry Acik...tq coz ingtkan Honey....

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails