Pengikut

Sabtu, 19 Mei 2012

Tak Semua Yang Pakai Tudung Baik Akhlaknya



Assalamualaikum 

Hari nie sungguh penat ,setelah selasai erobik untuk sukol  uitm dan 1 hari menghadap assigment 30 page nie, memang tak siap dan penat sangat.Haiyo baru beberapa page saje siap arghhh rasa nak menjerit dan meronta-ronta . Hehehe kena hadapi juga apa juga keadaan . Dan acik terus ajak housemate acik di macdonald di Seksyen 3 sebab teringin makan kat sane. So pergilah dan acik lihat ramai students kat situ yelah masing-masing siap baca buku dan buat assigment dan acik tahulah sebab acik pon student. 

So acik terus ke kuanter dan membeli makanan dan acik nie suka memerhatikan orang yang berada di sekeliling acik . Bukan nak cari salah tapi just nak tengok-tengok  jer . apa yang acik nampak nie acik tak kongsikan pada housemate acik tapi just biarlah cerita kat blog nie jer. Mula-mula tu agak seronok sebab lihat sekeliling nie ramai yang menutup aurat ,bertudung dan menjaga penampilan . dan tetiba mata nie tertumpu pada sepasang jantina nie duduk di  meja tepi agak tersorok dekat dengan cermin. So acik perhatikan jer dan lame-lame acik lihat lelaki tu letakkan tangan atas bahu perempuan tu, ermm rasa pelik juga maybe acik fikir mereka suami isteri tapi bila tengok balik ada plak buku-buku di atas meja dan ada 3 orang lagi kawan lelaki dye.. 

Rasanya tak mungkin, dan lame-lame lelaki tu meraba-raba badan perempuan bertudung tu dan siap pegang-pegang peha... acik rasa terkejut beb dan yang acik fikir kalau suami isteri tak akan buat seperti tu. Lepas tu perempuan tu diam jer dan dia siap pegang tangan lelaki sambil usap2... apa semua nie ???? dan apa lagi acik buat apa yang mampu just langgar kat meja dia dan mereka terkejut jer ... maybe mereka tak perasan acik memerhatikan mereka.


Lepas tu acik kembali ke meja acik duduk, dan tiba-tiba housemate acik kata.. ishhh susahkan zaman sekarang , perempuan bertudung tapi tengoklah kepala melentok kat badan laki tu.. apa nak jadilah zaman sekarang nie. Yang elok dah pakai tudung tu bagus lah tapi peragai pulak ... ermmm ...

Tulah sekarang nie susahkan nak kata, alhamdulilah ramai pakai tudung tapi masih tak menjaga pergaulan dan adab. Bukan acik cakap seperti ini,bermakna acik dah cukup sempurna dan baik..tak pon acik nie pon insan biase just kita kena jaga pergaulan kita. Mesti akan ada katakan ..asyik nak salahkan perempuan jer padahal lelaki yang mulakan dulu dan yang mengoda... tapi kena ingat kalau perempuan tu tak nak tak jadikan ...So salah ke dua-dua..Bukan semua perempuan seperti nie..ramai yang menjaga adab tapi orang kata kerana nila setitik rosak susu sebelangga .

Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44)



Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

ok sampai sini  dulu renungkan ..Jangan hanya menilai seseorang dari penampilannya. Tak semua yang nampak baik tu baik juga dalamnya...assalamualaikum adios... 




Share This!


18 ulasan:

  1. Betul , skrng mcm2 lah .

    tp acik , tak semua tau . jgn trauma lak ngn pmpm bertudung :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ermm la lah ... mak saye pon perempuan yg pakai tudung :)

      Padam
  2. terbaek! best gak langgar meja tuh..hehe

    BalasPadam
  3. btl kn?ada plak yg btutp kemain.tp lidah x jg.terutama sbut soal seks dpn laki..xdek perasaan malu lgsg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sbb itu jer yg termampu buat sbb nk tgr mmg x kn lh

      Padam
  4. btl kn?ada plak yg btutp kemain.tp lidah x jg.terutama sbut soal seks dpn laki..xdek perasaan malu lgsg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup ada jugak depend pada individu tu ..tapi elkkanlah ..buat malu jer

      Padam
  5. btl kn?ada plak yg btutp kemain.tp lidah x jg.terutama sbut soal seks dpn laki..xdek perasaan malu lgsg.

    BalasPadam
  6. pas langgar meja dorg sedo ke x? ishh ish

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas saye langgar meja ...dyeorng tersentak dan epat2 bgun ..acik just minta maaf jer terlanggar :) dyeorng mrh kata buta ke ?? hhee

      Padam
  7. Ya Allah harap-harap dijauhkan =(

    BalasPadam
  8. think positive..laki bini kot.hahahaha :P

    minta2 dijauhkan.....memalukan betul la camtu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. x mungkin suami isteri klau btl pon baik dyeorg tmpt lain ..nie tmpt umum

      Padam
  9. sekurang-kurangnya org yg pakai tudung ni dia ikut perintah Allah supaya menutup rambut dia (aurat)dari dilihat org..walaupun dia dr jenis yg x baek.drpda yg x pakai tudung langsung walau baik mcm mna pon dia tetap da langgar perintah Allah sbb mmbiarkan rambutnya (aurat) dilihat org..

    BalasPadam
  10. Cam ustad azhar cakap. banyak orang kita fikir tentang pakai tudung tetapi x fikir tutup aurat.

    :D

    Jom dakwah kepada mereka..

    jom terjah:
    http://pemudattbc.blogspot.com/2012/05/fenomena-ustaz-azhar-idrus-kepada-anak.html

    BalasPadam
  11. astaghfirullah , mudah-mudahan mintak dijauhkan , kesiann kan , mak ayah kite didik kite nie anak perempuan sampai besar ,tapi , dah besar madah nak hancurkan hati mak ayah je :( mintak dijauhkan :(

    BalasPadam
  12. Salam...dalam soal ni kenapa mengaitkan 'pakai tudung xsemua baik' pelik....yang islam suruh tu ialah menutup aurat,..ramai bertudung tapi tidak sempurna dalam menutup aurat. Kedua,tidak perlu ditimbulkan juga soal pakai tdg ini baik atau tak kerana menutup aurat itu wajib...oleh itu menjadi kewajipan seorang islam menutup auratnya sama ada ikhlas atau tidak,sama lah seperti puasa,solat dan lain-lain...prkara wajib perlu didahulukan dalam islam...sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas pandangan dan peringatannya ...

      Padam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails