Pengikut

Khamis, 21 Jun 2012

Luahan Hati Seorang Perempuan :Saya Tak Mahu Anak Saya Hidup Tanpa Bapa


Assamualaikum

 Hai semua alhamdulilah hari rasa tangan nie ringan saje hendak menaip, yelah dah nak minggu-minggu akhir untuk final ..kecut perut di buatnya. Yup acik kena usaha lebih dan kerja kuat untuk bertahan dalam broadcasting dan ini masanya .Minggu nie juga buzy dengan last report dan semua test, kuiz dan assignment kena hantar. Terkedu pakcik  dibuatnya dan esok tinggal satu lagi assigment kena submit. Kebetulan tadi acik temankan kawan pergi makan di KFC yelah ada perisa terbaru kawan tu mengidam dah lama dah nak pergi lagi pun dia yang belanje. So pergilah dan tengah sedap-sedap makan tetiba sorang perempuan nie menjerit..

"Jantan tak guna, ko dah tak nak aku ,ko buang macam sampah" ... dan dia terus ke perempuan yang ada sebelah lelaki tu . Perempuan tu terus memekik dan mengatakan perempuan itu perampas. Perempuan tu pon terus memaki-maki perempuan yang sorang lagi. Lelaki tu tu siap kata, wei perempuan tak guna jangan buat malau la wei ... aku dah tak  nak ko..pergi mamp*s ..

Dan perempuan tu terus melawan dan lelaki tu berang dan tampar perempuan tersebut ...dan lelaki terus menendang perempuan. Acik memang pantang tengok orang perempuan kena pukul dan acik dan kawan-kawan terus datang ke lelaki tu dan bagi nasihat dulu.Dia pon terus nak membenkeng kami dan kami just mampu tahan agar tak mahu keruhkan keadaan. Lelaki tu kata " kau kenapa bela perempuan murahan tu???? kalau perempuan macam dia sepuluh pon aku boleh dapat. Dan kawan acik terus bawa lelaki tu keluar dari situ. 


Perempuan yang di tendang tu menagis teresak-esak.Paling acik kesian dengan perempuan  sebab dia bawa anak kecil . Dia asyik ungkapkan perkataan menyesal.. menyesal dan menyesal... Dan acik cubalah tenangkan perempuan tu. Acik tanyalah siapa lelaki tu dan kenapa nie. Perempuan tu dengan teresak-esak menagis lelaki tu suami dia.Dia ada perempuan lain kat luar , kami di biarkan kontang kanting di rumah dengan tanpa di pedulikan dan anak-anak langsung di ambil peduli. 

Maaf kalau acik tanya : kamu kawin muda ke?? sebab tengok awk masih muda lagi...

Ye kami kawin muda, yelah dulu semuanya indah sebelum kawin.Katanya nak mengelakkan dari melakukan maksiat dan nak jadikan saya sebagai yang halal. Saya tak sangka semua nie berlaku..ingatkan dengan kawin nie kami akan selamanya bahagia... Dia berubah dan dulu hampir tiap-tiap hari saya di pukul,tak boleh silap sikit.. menyesal saya kawin dengan dia kerana tak sangka di berubah betul .Saya korbankan usia muda saya untuk dia untuk berkongsi hidup dengannya tapi hanya kedukaan yang saya dapatkan.


entahlah tak patut saya cakap macam tu , semua nie takdir saya.Sya kena terima dengan seadanya. Saya nak besarkan anak saya nie dan biarlah apa pun yang berlaku. Cuma saya nak nasihat pada awak sebagai lelaki jangan terlalu ikut nafsu dan jadikan lelaki yang baik. Jadilah lelaki yang melindungi wanita bukan merosakknya. Dan ini mungkin salah saya jugak sebab dulu paksa mak ayah saya terima lelaki tu dan nak kawin lepas abis diploma. Mungkin keluarga saya tak redha.. ermm terima kasih kerana tolong saya tadi.. saya tak kisah kalau hidup tanpa lelaki tu tapi saya tak mahu anak saya hidup tanpa bapa..Anak yang masih dalam kandungan ini perlukan bapanya... Ini anak dia...saya sayangkan anak saya ini..

Sekarang nie acik baru paham , bukan senang nak kawin tak kiralah kawin muda or lambat. Sebagai lelaki kita kena kuatkan diri dan banyk muhasabah diri supaya jadi ketua keluarga yang baik...Jodoh , Pertemuan,rezeki dan takdir kita di tentukan oleh ALLAH tapi kita boleh jadi lebih baik ..oklah sampai sini dulu adios .Jadikan cerita ini tauladan supaya kita menjadi lelaki dan perempuan yang sering muhasabah diri dan meperbaiki diri..jangan rasakan diri kita dah cukup baik ..

Share This!


12 ulasan:

  1. wahh..pnjg sngat tapi best..ksian kt pempuan tu...

    BalasPadam
  2. kesiannya girl tu.. hmm.. takut gak nak kawen muda. huhu. apa2 pun kita kena ready dgn segala benda yg akan dtg...

    BalasPadam
  3. kesiannye, uwaa sedey..napelaa ade org mcm ni ea ? hmm smoga that lady & anak2nya sentiasa dipelihara Allah, :'(

    BalasPadam
  4. kesiannya.......semoga perempuan tu akan terus tabah dalam menghadapi dugaan ingat Allah tetap bersama kita dalam apajua keadaan so berdoa lah kepadanya dalam apajua keadaan sesungguhnya dia maha mengetahui

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga kita di jauhkan dari sifat tercela nie

      Padam
  5. Hmm. kesiannya kat dia dengan anak dia. Moga laki tu beringat balik. Hoho.

    BalasPadam
  6. ada,.... amin supaya lelaki tu di lmbutkn hati

    BalasPadam
  7. wahhh,,sedihnya baca,,baik saya ikut cakap mak,,sebab mak tak bagi saya kawen lepas saya grad,,sebab mak tahu apa terbaik utk saya,,thanks for the story,,make me realize,,

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails